1. Ong Kim Swee hampir pasti ke kelab tiga tercorot Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee bakal membuka lembaran baru di negara jiran, Indonesia, selepas hampir tiga musim bersama Sabah selaku ketua jurulatih.
2. Waktu bekerja empat hari setengah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri - Azalina
Cadangan Johor untuk memperkenalkan waktu bekerja empat hari setengah seminggu adalah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri.
3. Pernah empat kali diserang strok, Sheqal sebak terima bantuan
Penyanyi popular era 1980-an, Shahrin Sallehudin atau lebih dikenali sebagai Sheqal, 59, gagal menahan sebak apabila menerima sumbangan RM5,000 dari Yayasan PEKEMA Prihatin pada Sabtu.
4. Pemandu lori mengundur sebabkan kematian penunggang motosikal ditahan
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori yang mengundur secara tiba-tiba dan melanggar sebuah motosikal, mengakibatkan penunggangnya maut, di Jalan Kerinchi di sini pagi semalam.
5. Penerbangan MH79 dilencongkan ke Ho Chin Minh City susulan isu teknikal
Penerbangan yang membawa 147 penumpang dan tujuh anak kapal itu selamat mendarat pada 10.40 pagi waktu tempatan.
6. Di Kelantan hanya tiga pintu sempadan diwartakan yang dibenarkan untuk lintas sempadan - MKN
Mulai 1 Dis ini sesiapa sahaja yang menggunakan laluan haram Sungai Golok-Rantau Panjang untuk melintasi sempadan negara akan ditahan.
7. Maestro muzik tanah air, Ahmad Nawab meninggal dunia pada usia 92 tahun
Allahyarham atau nama asal, Ahmad Khan Nawab Khan dilaporkan meninggal dunia di kediaman beliau di Taman Melewar, Gombak sekitar pukul 3.15 petang.
8. Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9. PM tiba di Korea Selatan, rakan dagang kelapan terbesar negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Seoul, Korea Selatan, untuk lawatan rasmi atas jemputan Presiden Yoon Suk Yeol.
10. Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir.