Seorang siswazah perubatan sebuah universiti di Mesir hari ini dipenjara 10 tahun dengan satu sebatan oleh Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak atas kesalahan hidup daripada hasil persundalan seorang kanak-kanak perempuan berumur 14 tahun.
Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman itu terhadap Khairul Azzuar Yusoff, 30, selepas dia menukar pengakuannya kepada bersalah ketika sebutan kes itu hari ini semasa perbicaraan kes tersebut dengan pihak pendakwaan telah memanggil tujuh saksi.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu serentak dengan hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan yang dijatuhkan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Datin M. Kunasundary semalam (28 Mac) atas tuduhan menjadi orang tengah dalam kegiatan persundalan dan hidup daripada hasil persundalan menggunakan aplikasi WeChat sebagai medium untuk berurus niaga.
Bagaimanapun, tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara 10 tahun itu selepas dia selesai menjalani hukuman penjara 14 tahun dan dua sebatan yang dijatuhkan hakim sama (Kunasundary) pada 23 Mac lepas atas kesalahan sama.
Yong Zarida dalam keputusannya berkata hukuman yang diputuskan mahkamah adalah sebagai pengajaran atas perbuatan yang dilakukan tertuduh.
“Ini peluang kedua kamu untuk kembali ke jalan yang benar. Baiki diri kamu selepas ini. Kamu seorang yang pandai dan berpelajaran tinggi malah boleh tawarkan perkhidmatan untuk kebaikan banduan di sana. Jangan musnahkan masa depan kamu lagi dan lakukan yang terbaik untuk diri sendiri selepas ini,” katanya.
Khairul Azzuar didakwa hidup daripada hasil persundalan kanak-kanak itu di sebuah hotel di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, pada 2 petang sehingga 3.30 petang, pada 26 Jan 2017 mengikut Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.
Timbalan Pendakwa Raya Jasmee Hameeza Jaafar memohon hukuman setimpal atas alasan Khairul Azzuar menukar pengakuan bersalah selepas beberapa saksi dipanggil memberi keterangan dan bukan membuat pengakuan itu di peringkat awal kes.
“Ini adalah kesalahan yang serius dan bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah dari sudut agama. Tertuduh adalah seorang yang bijak dan sebagai orang dewasa sepatutnya boleh membuat pertimbangan antara yang salah dan benar.
“Kes ini membabitkan kanak-kanak yang mudah terpengaruh. Pohon mahkamah mengenakan hukuman yang wajar supaya tertuduh insaf dan tidak mengulangi semula kesalahan itu apabila bebas nanti,” katanya sambil menambah tertuduh tidak sepatutnya mengambil kesempatan ke atas mangsa.
Peguam Suzanawati Ismail, yang mewakili Khairul Azzuar memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya telah insaf dan memohon supaya diberikan peluang kedua terhadapnya.
“Anak guam saya adalah penuntut dalam jurusan perubatan dan pembedahan. Dia kini insaf dengan perbuatan itu dan mohon diberikan peluang kedua kerana akibat kes ini dia dibuang keluarga dan masa depannya turut musnah,” katanya.
Mengikut fakta kes, mangsa mengesahkan kepada pihak polis bahawa dia membuat aktiviti pelacuran selepas ditawarkan oleh tertuduh dan mendakwa telah mendapat bayaran khidmat seks yang diberikan oleh dua pelanggannya tetapi wang itu kemudiannya diberikan kepada tertuduh.
Sementara itu, Khairul Azzuar yang ditempatkan di Penjara Kajang, memohon supaya dia dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh untuk memudahkan ibu dan anggota keluarga melawatnya, bagaimanapun mahkamah berkata ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan perintah itu dan menasihati tertuduh supaya memohon dengan pihak penjara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 29 2018

Khairul Azzuar didakwa hidup daripada hasil persundalan kanak-kanak itu di sebuah hotel di Jalan Imbi, Kuala Lumpur, pada 2 petang sehingga 3.30 petang, pada 26 Jan 2017. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Hamas bebas tiga tebusan, Israel lepas 369 tahanan Palestin
Bas pertama tiba di Ramallah disambut sorakan orang ramai yang mengibarkan bendera Palestin.

Pengampunan banduan: Kemuka permohonan, Agong punyai kuasa prerogatif - Istana Negara
Seri Paduka Baginda juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah.

15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas
Pemerintah turut memberikan pengurangan hukuman kepada 166 kanak-kanak dengan tiga daripadanya dibebaskan serta-merta.

Kebanyakan banduan wanita rakyat Malaysia di Thailand terdiri pesalah dadah
Kebanyakan banduan itu ialah wanita berasal dari Kelantan yang tinggal berhampiran negeri bersempadan Thailand.

Banduan gembira, pembebasan awal hadiah Krismas bermakna buat keluarga
Ravi dibebaskan lebih awal menerusi program PBSL Ihsan MADANI yang membolehkannya meraikan Krismas bersama ahli keluarga.

Orang ramai berkumpul di penjara Sednaya, jejak ahli keluarga ditahan
Pertemuan penuh emosi banduan bersama ahli keluarga yang selama ini menyangka mereka telah dihukum mati disaksikan menerusi video itu.

Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.

Banduan dipenjara dua tahun rempuh, langgar dua anggota polis
Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan mencuri kereta, hari ini sekali lagi dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana merempuh dan melanggar motosikal polis.

Banduan bebas awal terharu diberi pengampunan Agong
Lelaki yang sepatutnya menjalani hukuman penjara 10 tahun itu merupakan satu-satunya banduan di Negeri Sembilan yang dibebaskan awal.

Mahkamah Persekutuan putuskan boleh dengar semakan banduan terima pengampunan hukuman mati
Mahkamah Persekutuan putuskan bahawa ia boleh mendengar semakan semula difailkan banduan yang telah diberi pengampunan bagi hukuman mati.