Susulan kejatuhan Presiden Syria Bashar al-Assad yang telah meninggalkan Damsyik pada Ahad, ribuan banduan dilaporkan keluar dari sistem penahanan.
Dalam pada itu, pertemuan penuh emosi banduan bersama ahli keluarga yang selama ini menyangka mereka telah dihukum mati disaksikan menerusi video itu.
Pada masa sama, ribuan lagi penduduk cuba menjejaki orang tersayang yang ditahan atas kesalahan menghadiri protes, menentang pihak berkuasa atau sekadar menyuarakan rasa tidak puas hati.
Desas-desus juga memberitahu ribuan banduan lain masih dipenjarakan di sel bawah tanah yang sukar diakses, namun tiada tanda-tanda banduan tambahan masih berada di lokasi dilaporkan.
Sementara itu, ribuan penduduk Homs membanjiri jalan raya selepas tentera berundur dari pusat bandar, menari dan melaungkan Assad sudah tiada, Homs sudah bebas dan Hidup Syria.