Menterinya, Agus Andrianto dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 15,691 banduan menerima pengurangan tempoh hukuman, manakala 116 yang lain dibebaskan serta-merta.
Pemerintah turut memberikan pengurangan hukuman kepada 166 kanak-kanak dengan tiga daripadanya dibebaskan serta-merta.
Sumatera Utara mendahului senarai wilayah dengan 3,196 banduan menerima pengurangan hukuman khas Krismas, diikuti Nusa Tenggara Timur (1,894) dan Papua (1,447).
Sumatera Utara dan Papua Barat masing-masing mencatatkan 23 pesalah juvana menerima pengurangan hukuman, jumlah tertinggi di antara semua wilayah.
-- BERNAMA