Sebaliknya, layanan kepada semua banduan sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam sama sahaja.
Bahkan, menurut jurucakap penjara wilayah Narathiwat, makanan yang dihidangkan kepada banduan Islam adalah halal serta dimasak oleh tukang masak beragama Islam.
Untuk rekod, jumlah tahanan di penjara Narathiwat ketika ini adalah seramai 2,879 orang manakala kapasiti penjara adalah 2,400.
Jumlah 2,879 itu termasuk enam rakyat Malaysia yang baru-baru ini dilaporkan ditahan oleh pihak berkuasa Thailand susulan kes dadah.
Kata jurucakap itu, kesemua enam rakyat Malaysia yang berada di penjara berkenaan ditempatkan di bilik pengasingan kerana belum dijatuhi hukuman oleh mahkamah.
Kesemua enam tahanan yang berada di penjara ini berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa apa aduan setakat ini, jelas jurucakap itu.
Media sebelum ini melaporkan kesemua enam rakyat Malaysia yang ditahan Jumaat lepas ditempatkan di penjara berkenaan sementara menunggu proses perbicaraan.
Mahkamah wilayah Narathiwat sebelum ini turut menolak permohonan ikat jamin tertuduh kerana proses siasatan masih berjalan.
Mengikut undang undang Thailand, tempoh tahanan reman boleh mencapai 3 bulan atau 84 hari.
Di kompleks penjara yang sama, bilik pengasingan lelaki mempunyai 500 penghuni manakala 480 orang pula menghuni bilik pengasingan wanita setakat ini.
Jurucakap itu turut menjelaskan, untuk ruangan tidur di dalam sel itu berkeluasan 1.2 x 2 meter persegi bagi setiap banduan.
Kata jurucakap itu, pihak penjara juga membenarkan banduan beragama Islam menunaikan solat, berpuasa bahkan penceramah dan ustaz yang mengajar agama serta al-Quran turut diundang setiap minggu.
Mengenai pakaian pula, beliau berkata, kesemua banduan dipakaikan pakaian penjara berwarna coklat yang menutup aurat bagi wanita dan lelaki.
“Setakat ini terdapat lebih kurang 30 banduan rakyat Malaysia dengan terbaharu membabitkan enam individu berkenaan,” kata beliau lagi
Kesemua enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
Mengikut prosedur yang ditetapkan, keluarga tahanan dibenarkan melawat sekali setiap seminggu dengan masa diberikan 15 minit sahaja.
Sebetulnya, penjara Narathiwat bukan penjara kawalan ketat seperti penjara di Songkla kerana penjara ini menempatkan banduan yang menjalani hukuman dengan tempoh maksimum 30 tahun.
Antara kesalahan bagi banduan di penjara itu melibatkan kesalahan seperti dadah, jenayah curi, kekerasan dan sebagainya.
Jurucakap itu turut berkata, penjara Narathiwat juga tidak menjalani hukuman mati ke atas banduan.