1. Saudara saudari sekalian, sudah hampir dua tahun COVID-19 menjejas kehidupan kita. Namun di sebalik cabaran itu, kita berjaya bangkit sebagai satu masyarakat yang utuh.
2. Banyak kegiatan dan sambutan terjejas gara-gara COVID-19. Solat di masjid dihadkan. Begitu juga kunjung-mengunjung pada Hari Raya. Dan dua tahun berturutturut, korban di masjid dan ibadah haji juga tidak dapat dilakukan.
3. Dalam mengharungi COVID-19, masyarakat Melayu/Islam telah berikan kerjasama penuh. Saya sanjung dan hargai kecekalan anda. Saya juga ingin melahirkan penghargaan saya kepada para pemimpin masyarakat, asatizah serta masjid-masjid di bawah bimbingan Mufti, atas kepimpinan dan usaha mereka untuk terus
menggalakkan orang Melayu/Islam mendapatkan vaksin.
4. Dengan lebih ramai orang disuntik, kita kini melonggarkan sekatan secara beransur-ansur. Ini termasuk membolehkan lebih ramai jemaah di masjid-masjid.
5. Sungguhpun demikian, kita harus cuba sedaya upaya untuk memberikan vaksin kepada mereka yang masih belum disuntik, terutama sekali warga emas yang paling mudah sakit teruk jika dijangkiti COVID-19. Jika anda warga emas, silalah dapatkan suntikan vaksin secepat mungkin!
Usaha-usaha Masyarakat dan Pemerintah
6. Saya gembira melihat masyarakat Melayu/Islam bersatu padu dan saling mengambil berat antara satu sama lain sepanjang pandemik ini. Semangat gotongroyong dan sikap tidak putus asa inilah, yang menjadi kunci kemajuan anda selama ini.
7. Malah laporan Banci Penduduk 2020 baru-baru ini, mendapati bahawa masyarakat Melayu mencatatkan kemajuan yang sangat ketara sepanjang sedekad lalu. Lebih ramai orang Melayu daripada semua peringkat usia berkelulusan tinggi. Kadar siswazah Melayu naik seganda. Jumlah pekerja PMET Melayu juga meningkat.
Hasilnya, keluarga Melayu kini meraih pendapatan lebih baik. Syabas!
8. Kita lihat lebih ramai orang Melayu semakin berjaya. Seperti Aarman Yazeed. Selepas tamat NS, Aarman bekerja di Thermo Fisher Scientific, antara syarikat pembuat peranti perubatan terbesar di dunia. Beliau bekerja keras dan gigih belajar kemahiran baru. Prestasinya menyerlah dan beliau dinaikkan pangkat sebagai
pengurus pengilangan. Karyawan seperti Aarman, antara sebab Thermo Fisher yakin dan baru-baru ini mengambil keputusan untuk menghasilkan vaksin di Singapura.
9. Satu lagi contoh ialah Samsiah Suliman, Pengarah Urusan Jumain Sataysfaction. Samsiah adalah peniaga generasi ketiga perniagaan sate keluarga yang bermula dengan datuknya, lebih seratus sepuluh tahun lalu. Saya bertemunya baru-baru ini. Samsiah beritahu saya apabila mengambil alih perniagaan itu, beliau yakin akan potensinya. Beliau berusaha untuk mempelbagaikan rangkaian produknya termasuk menyediakan pilihan bukan daging, seperti sate ini. Nampak macam sate babat, tapi ini sebenarnya sate cendawan. Sama lazatnya! Samsiah juga berjaya membawa sate Singapura ke pentas antarabangsa. Hari ini, syarikatnya mengeluarkan 80,000 cucuk sate sehari, dan mengeksport ke Hong Kong, Kanada dan Timur Tengah.
10. Saya harap kisah-kisah kejayaan seperti Samsiah dan Aarman akan menjadi perangsang kepada masyarakat Melayu/Islam untuk terus maju jaya.
11. Namun, Banci Penduduk 2020 juga menunjukkan beberapa trend membimbangkan berkaitan pemilikan rumah dan pendidikan.
12. Seperti rakyat Singapura yang lain, kebanyakan keluarga Melayu memiliki rumah mereka sendiri. Tetapi, kadar orang Melayu yang tinggal di flat sewa semakin meningkat. Antara sebabnya ialah sebahagian pasangan muda yang berkahwin ingin berdikari sebelum mereka bersedia untuk membeli flat. Ini tidak begitu
membimbangkan tetapi ada juga yang mengalami perubahan mendadak dalam keadaan keluarga atau kewangan mereka. Ada pula yang menghadapi cabarancabaran rumit hingga sukar untuk merancang bagi masa depan mereka.
13. Setiap tahun, dengan bantuan Pemerintah, sebahagian keluarga ini berjaya pindah dari flat sewa ke flat milik mereka sendiri. Memiliki flat HDB sendiri bukan setakat mempunyai tempat berteduh. Ia membantu warga kita membina masa depan yang cerah. Kita mesti tingkatkan kesedaran bahawa flat sewa hanyalah huraian
sementara. Kita mesti galakkan keluarga-keluarga di flat sewa memantapkan pendapatan, agar mereka boleh memiliki rumah sendiri dan maju seiring dengan masyarakat.
14. Dalam hal ini, usaha-usaha di peringkat masyarakat sangat penting. Contohnya, Projek DIAN@M³ bakal membantu lebih banyak keluarga Melayu/ Islam untuk memanfaatkan program sokongan Pemerintah dan menjadi pemilik rumah. Pemerintah akan memberikan sokongan penuh kepada mereka.
15. Saudara saudari, di Singapura, kita berusaha untuk membina sebuah masyarakat yang inklusif. Kuncinya, pendidikan. Itulah sebabnya, Pemerintah banyak melabur dalam bidang prasekolah dan pendidikan.
16. Tetapi, kita mesti tumpukan perhatian kepada segolongan pelajar yang ketinggalan. Mungkin mereka kurang keyakinan diri dan dorongan. Kadangkala, masalah keluarga menjejas prestasi mereka.
17. Menteri Maliki Osman menerajui UPLIFT, pasukan bertindak yang menggandingkan agensi Pemerintah dengan rakan kerjasama di peringkat masyarakat. UPLIFT menyediakan bantuan awal dan berterusan bagi pelajar-pelajar kurang bernasib baik daripada semua kaum demi meningkatkan pencapaian pendidikan mereka.
18. Badan-badan Melayu/Islam dan rangkaian M³, juga bergiat aktif untuk saling melengkapi usaha-usaha ini.
19. Saya gembira melihat para pelajar meraih manfaat daripada program-program nasional dan masyarakat kita. Contohnya, Siti, bukan nama sebenar, seorang graduan politeknik, dan adik-adiknya. Oleh kerana pendapatan keluarga yang kecil, mereka disokong beberapa agensi Pemerintah dan badan masyarakat sepanjang tempoh persekolahan mereka.
20. Misalnya, mereka dimasukkan ke Pusat Jagaan Pelajar dengan subsidi ComCare. Program ini memupuk tabiat dan rutin harian yang baik. Siti sendiri menerima sokongan skim TTFS MENDAKI semasa di politeknik. Salah seorang adik Siti pula menerima sokongan akademik tambahan bagi Bahasa Inggeris dan Matematik melalui Program Tuisyen Kerjasama antara badan-badan bantu diri.
21. Tahun lalu, ibu bapa mereka hilang pekerjaan ekoran COVID-19. AMP Singapura memberi bantuan tambahan untuk memenuhi keperluan pendidikan Siti dan adikadiknya sementara ibu bapa mereka memantapkan pendapatan keluarga. Ibu bapa mereka juga dibimbing AMP untuk tingkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berdikari semula.
22. Berkat sokongan padu dan menyeluruh daripada pelbagai pihak, adik-adik Siti maju di sekolah. Bahkan mereka menerima beberapa biasiswa dan anugerah kerana cemerlang dari segi akademik dan perwatakan. Pengalaman Siti sekeluarga menunjukkan bahawa sekitaran penjagaan dan sokongan yang membina, berjaya
menghasilkan kesan yang besar dalam mutu kehidupan mereka.
23. Dengan membantu mereka yang pada mulanya ketinggalan, kita menjayakan dasar meritokrasi dan maju bersama sebagai satu rakyat.
Bangsa dan Agama
24. Dasar meritokrasi juga bergantung kepada perpaduan masyarakat majmuk kita.
25. Kita menikmati keharmonian kaum dan agama sejak merdeka. Kita bertolak ansur, saling menghormati dan menyediakan ruang bagi semua masyarakat untuk hidup aman damai. Namun, keseimbangan ini sangat rapuh. Lantas, ia perlu dijaga dengan begitu teliti seperti kita menatang minyak yang penuh. Pada masa yang sama, kita patut membuat penyesuaian sejajar dengan nilai-nilai yang berubah dari generasi ke generasi dan aspirasi pelbagai kumpulan yang semakin meningkat.
26. Salah satu penyesuaian sedemikian ialah soal pemakaian tudung oleh jururawat Muslim. Ini bukan isu baharu. Saya sendiri telah berbincang tentang perkara ini dengan pemimpin agama dan masyarakat. Mereka telah menerangkan dengan jelas mengapa pemakaian tudung penting kepada masyarakat Melayu/Islam. Mereka berharap Pemerintah akan mengubah peraturan untuk membenarkan para kakitangan beruniform memakai tudung.
27. Saya katakan kepada mereka, “Saya faham hasrat anda. Saya hargai pandangan anda dan akur tentang aspirasi masyarakat Melayu/Islam. Tetapi saya juga berharap anda turut memahami pertimbangan dan keprihatinan nasional Pemerintah.”
28. Saya tekankan keprihatinan utama kami ialah keharmonian kaum. Pemerintah wajib memastikan bahawa sebarang perubahan kepada peraturan mengenai tudung, harus merapatkan masyarakat Singapura yang berbilang kaum. Kita tidak mahu perubahan ini meluaskan jurang antara kaum dan melemahkan kita.
29. Bagi murid-murid sekolah dan para pegawai perkhidmatan awam beruniform termasuk SAF dan polis, kami tidak dapat membenarkannya atas sebab-sebab yang sangat genting. Bagi para jururawat, sebenarnya ada sebab-sebab yang munasabah di sebalik dasar Pemerintah. Namun, pertimbangan untuk membenarkan atau tidak membenarkannya adalah agak seimbang. Dari semasa ke semasa, keseimbangan baru boleh dibuat secara berhati-hati dan bertahap-tahap.
30. Beberapa bulan lalu, saya memberitahu sekumpulan asatizah dan pemimpin masyarakat bahawa saya berharap dapat buat keputusan mengenai isu ini menjelang Rapat Umum Hari Kebangsaan. Harinya sudah tiba. Keputusan sudah diambil. Isu ini bukan hanya melibatkan masyarakat Melayu/Islam tetapi ada kepentingan nasional bagi masyarakat berbilang kaum dan agama kita. Jadi, saya akan jelaskan lebih lanjut
dan membuat pengumuman rasmi dalam ucapan Bahasa Inggeris sebentar lagi.
Kesimpulan
31. Saudara-saudari sekalian, masyarakat Melayu/Islam terus mencapai kemajuan yang membanggakan, tahun demi tahun. Sedang kita mara ke hadapan sebagai sebuah masyarakat inklusif, penting untuk kita memiliki kematangan antara kaum dan membuat penyesuaian demi keperluan satu sama lain. Sama penting ialah meningkatkan semangat saling membantu, seperti sepanjang pandemik ini, khususnya bagi golongan yang memerlukan.
32. Marilah kita bersatu padu, saling membantu dan erat bermuafakat, bagai aur dengan tebing. Dengan itu kita akan terus teguh, makmur dan bersinar, dan mencapai impian kita bersama, sebagai satu rakyat, satu bangsa, satu Singapura!
33. Terima kasih.
Kenyataan Media
Sun Aug 29 2021
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong ketika menyampaikan ucapan dalam Rapat Umum Hari Kebangsaan 2021.
Mahkamah tolak rayuan Trump, kekal keputusan kes serangan seksual
Mahkamah Rayuan Persekutuan AS mengekalkan keputusan juri yang mendapati Trump telah melakukan serangan seksual terhadap E. Jean Carroll.
Gema Syukur 2025 bawakan pengisian menarik sempena tahun baharu - Mohd Na'im
Program itu merupakan alternatif bagi masyarakat untuk mengimarahkan masjid melalui pelbagai pengisian program yang bermanfaat.
Beri perhatian penuh kepada rakyat, pesan Tun Juhar
Juhar berkata, tanpa sokongan dan kepercayaan rakyat, tiada kejayaan yang dapat diraih oleh Sabah sepanjang 14 tahun tempoh pentadbirannya.
Polis sahkan seorang OKT meninggal di lokap balai polis
Menurut Ketua Polis Kelantan, lelaki terbabit disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.
Presiden Indonesia arah tindakan terhadap amalan penambahan anggaran
Beliau menyatakan, langkah pencegahan telah dilaksanakan untuk mengelakkan 'mark up', termasuk program pendigitalan untuk perolehan.
Thailand atasi cabaran hebat Filipina untuk ke pentas final
Pemain gantian, Suphanat Mueanta muncul wira pasukan Thailand apabila menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa kedua masa tambahan selepas kedudukan agregat terikat 3-3.
Jasa Tun Juhar amat besar kepada Sabah - Hajiji
Juhar menyaksikan pelbagai insiden di Sabah yang melibatkan kerencaman dunia politik, ekonomi, keselamatan, kesihatan dan pendidikan.
MEF lantik Sheikh Farouk sebagai CEO berkuat kuasa 1 Januari 2025
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) melantik Sheikh Farouk Sheik Mohamed sebagai ketua eksekutifnya berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Pos Felda Selatan bernilai RM1.8 juta tingkat keselamatan di sempadan Sabah
Pewujudan Pos Imbangan Tentera Felda Selatan bernilai RM1.8 juta yang siap pada 27 Sept lepas dijangka mampu meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara di Sabah.
Pelicot tidak akan rayu hukuman penjara 20 tahun atas kesalahan rogol
Dominique Pelicot telah memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang dijatuhkan ke atasnya.
Warga Johor tidak sabar tunggu cuti hujung minggu depan
Banyak keluarga lega apabila bakal kembali menikmati kualiti hujung minggu secara bersama.
Shell tutup unit pemprosesan minyak di Pulau Bukom, Singapura siasat kebocoran
Shell menganggarkan beberapa tan produk minyak yang telah diproses bocor, bersama-sama dengan pelepasan air penyejuk.
Perdana Menteri Singapura Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb
Belanjawan itu akan disiarkan secara langsung di televisyen dan radio.
Vietnam tundukkan Singapura dengan dua gol di lewat masa permainan
Dua gol pasukan pelawat hadir di masa kecederaan separuh masa kedua menerusi penalti Nguyen Tien Linh dan penyudah bijak Nguyen Xuan Son.
2 lelaki tempatan ditahan kes gaduh antara penyokong bola sepak di LRT
Dua lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung rusuhan membabitkan dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, tengah malam Sabtu.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura
"Kahar: Kapla High Council" bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.