Keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dalam industri itu berada pada tahap "membimbangkan," kata kementerian itu dalam satu hantaran di Facebook pada malam Jumaat.
Kebanyakan insiden ini berpunca daripada "kekurangan langkah keselamatan asas atau ketidakpatuhan terhadap langkah keselamatan yang telah ditetapkan," jelas kementerian, sambil menegaskan adanya "sikap sambil lewa dan kurangnya rasa tanggungjawab terhadap keselamatan di tempat kerja."
Menjelang musim perayaan, kementerian memberi amaran bahawa beberapa syarikat mungkin tergoda untuk mengabaikan langkah keselamatan demi memenuhi tarikh akhir projek, sambil menekankan pentingnya mengutamakan keselamatan daripada kepentingan segera.
Pada Oktober dan November, kementerian telah menjalankan lebih 400 pemeriksaan dalam sektor pembinaan, yang mengakibatkan denda melebihi S$300,000 (kira-kira US$222,000) dan pengeluaran 13 Perintah Henti Kerja.
Kementerian turut menegaskan bahawa mereka "tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap syarikat dan individu yang melanggar peraturan" sekiranya tiada penambahbaikan dilakukan.(S$1 bersamaan US$0.74)
-- BERNAMA