FILEM "Kahar: Kapla High Council" bukan sekadar sebuah karya seni, tetapi satu manifesto keberanian dalam mempersembahkan penceritaan yang relevan, dan penuh aksi.


Ringkasan AI
  • Filem "Kahar: Kapla High Council" telah meraih kutipan RM5.5 juta sejak tayangan rasmi pada 28 November lalu, menunjukkan sambutan luar biasa penonton terhadap karya tempatan.
  • Filem ini akan mula ditayangkan di Singapura pada 5 Disember, dan barisan pelakon akan mengadakan siri jelajah di Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Terengganu, dan Pahang pada bulan Disember.
  • Filem ini mengisahkan Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 di sekolah berasrama penuh yang terjerumus dalam pemilihan ketua tidak rasmi badan pelajar, dan bagaimana dia mengatasi tekanan dan tanggungjawab tersebut.



Masuk pawagam Singapura 5 Disember


Kejayaan meraih kutipan RM5.5 juta sejak tayangan rasmi pada 28 November lalu, menjadi bukti sambutan luar biasa penonton terhadap karya tempatan dan sekali gus mampu bersaing dengan filem antarabangsa.

Atas permintaan, "Kahar: Kapla High Council" kini bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.

Penerbit Eksekutif "Kahar: Kapla High Council" yang juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menzahirkan rasa syukur atas sambutan yang memberangsangkan itu.

“Alhamdulillah atas sambutan memberangsangkan ini. Kami ingin ucapkan terima kasih kepada penonton yang telah memilih 'Kahar: Kapla High Council' sebagai naskhah tontonan di pawagam.

“Esok bermulanya tayangan filem ini di Singapura, dan pada hujung minggu ini tiba giliran barisan pelakon turun ke wilayah Selatan seperti Johor, Melaka dan Seremban bagi menemui peminat dan penonton.

“Kami turut menerima pemintaan daripada peminat dari luar negara untuk menyaksikan filem ini.

"Insya-Allah dengan sambutan dan sokongan padu penonton, kami akan lebarkan sayap filem ini tembusi layar negara luar,” ujarnya.

Buat peminat dan penonton, jangan lepaskan peluang untuk temui barisan pelakon di siri jelajah "Kahar: Kapla High Council" pada 6, 7, 8 Disember di Negeri Sembilan, Johor Melaka; 13, 14, 15 Disember di Terengganu, Pahang.

Filem ini diarahkan oleh Razaisyam Rashid, dan skrip oleh the creator Anwari Ashraf, serta membariskan pelakon Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Khenobu, Thompson Goh, Husyairi Hussin, dan ramai lagi.

Diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital.


Sinopsis:

"Kahar: Kapla High Council" mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT).

Seorang yang pendiam dan kerap menyisihkan diri, dia sering berasa tertekan kerana bapanya, Datuk Abu Yamin, meletakkan harapan begitu tinggi terhadapnya.

Keadaan semakin meruncing apabila dengan tidak sengaja, Kahar terjerumus dalam pemilihan ketua tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar.

Kemenangan Kahar membuatkan dia leka dengan kedudukannya itu.

Layari portal rasmi filem "Kahar: Kapla High Council", www.highcouncil.com.my, yang akan memuat naik info, klip dan gambar eksklusif buat peminat.

Saksikan filem "Kahar: Kapla High Council" yang kini berada di pawagam.

Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak.

Gunakan #KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda. -Gempak