LIMA nama pelakon utama filem Kahar: Kapla High Council iaitu Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh dan Khenobu telah pun diumumkan pada bulan lalu.
 
Watak ikonik High Council muncul

Terbaharu, Astro Shaw mendedahkan nama-nama daripada siri premium popular Project High Council yang dikembalikan untuk filem prekuel ini.

Barisan pelakon tersebut adalah Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Yusof Hashim (Ucop), Sathisvaran, Hushairy Hussain, Ameer Asyraf dan Hasnul Rahmat. 



Manakala skrip filem Kahar: Kapla High Council ditulis oleh pencipta atau ‘creator’ Project High Council, Anwari Ashraf bersama beberapa penulis lain, dan diarahkan Razaisyam Rashid.
 
Penggambaran selesai

Dalam pada itu, Penerbit Eksekutif Kahar: Kapla High Council merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, sesi penggambaran selesai pada 25 Julai lalu dan kini dalam fasa suntingan. 

“Insya-Allah, filem Kahar: Kahar Kapla High Council akan menemui peminat di pawagam seluruh negara pada November nanti. 

“Bagi menambahkan keterujaan, kami mengembalikan para pelakon asal siri Project: High Council. 

“Kehadiran mereka di dalam filem ini memberi lebih signifikan kepada jalan cerita, di samping mengekalkan konsistensi karakter. 

“Pastinya peminat karya ini tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan semula watak-watak kegemaran mereka di layar perak,” ujarnya.

First look trailer dan poster

Tambah mengujakan, Astro Shaw turut mempersembahkan the first look iaitu video di sebalik pembikinan Kahar: Kapla High Council, serta teaser trailer dan teaser poster filem ini.

Selain itu, pihak Astro Shaw turut mengumumkan secara rasmi rakan kerjasama iaitu HM Entertainment dan ZAK Capital.



Terdahulu, Astro Shaw memperkenalkan ‘Lesen High Council’ iaitu pas eksklusif untuk peminat turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan barisan pelakon. 

Bagi fasa pertama, peminat berpeluang menyertai peraduan jawab 100 soalan di portal Gempak. 

Hampir 2000 penyertaan diterima dan 100 nama pemenang pertama telah diumumkan. 

Manakala, 10 pemenang yang menjawab paling pantas telah dipilih untuk bersama-sama menyertai acara istimewa perarakan Hari Merdeka pada 31 Ogos nanti.

Bagi mereka yang tidak berjaya memenangi Lesen High Council, berita baik untuk peminat filem ini. 

Anda juga berpeluang untuk dapatkan Lesen High Council Edisi Khas menerusi rakan penaja filem ini iaitu, Tune Talk.

Nantikan kemunculan Lesen High Council Edisi Khas yang terhad ini, istimewa untuk para pengguna Tune Talk. 

Untuk maklumat lanjut dan pelbagai lagi tawaran menarik, ikuti Tune Talk di media sosial atau layari laman web rasmi Tune Talk di https://www.tunetalk.com/.

Peminat juga boleh dapatkan koleksi hoodie eksklusif Kahar : Kapla High Council edisi terhad menerusi Gempak Official Store di platform Shopee bermula 8 Ogos.

Layari portal rasmi Kahar : Kapla High Council, www.gempak.com/KaharKaplaHighCouncil dan juga radio rasmi Kahar : Kapla High Council, radio no satu paling legit, Era.

Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. Gunakan #KaharKaplaHighCouncil untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda.

SINOPSIS: 

Kahar: Kapla High Council mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 yang pendiam dan kerap menyisihkan diri di sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT), sering berasa tertekan kerana bapanya, Dato Abu Yamin meletakkan harapan tinggi. 

Berpunca dari satu insiden, tanpa sengaja Kahar terjerumus dalam ‘Pilihanraya’, di mana calon-calon dari setiap rumah asrama KUDRAT bertarung untuk menjadi Kapla, ketua kepada High Council, selaku “pemerintah” tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar. 

“Pencapaian” baharu Kahar itu bagaimanapun mengundang musuh dari segala arah. -- Gempak