Ringkasan AI
- Filem aksi "Kahar: Kapla High Council" akan menemui penonton menerusi akses eksklusif di platform Astro First bermula 16 Januari dan di peranti sooka bermula 23 Januari.
- Filem ini juga akan ditayangkan di pawagam-pawagam Kemboja bermula 24 Januari 2025, melangkah ke pasaran antarabangsa.
- Penerbit Eksekutif, Raja Jastina Raja Arshad, mengucapkan terima kasih kepada penonton atas sokongan dan menyatakan bahawa filem ini mencerminkan realiti sosial serta membicarakan isu kritikal seperti institusi kekeluargaan.
Kahar ke pasaran antarabangsa
Lebih mengujakan, filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital ini turut melangkah ke pasaran antarabangsa dan bakal ditayangkan di pawagam-pawagam Kemboja bermula 24 Januari 2025.
Penerbit Eksekutif "Kahar: Kapla High Council" merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata pihaknya ingin mengucapkan terima kasih kepada penonton yang terus menyokong naskhah tempatan.
“Filem Kahar: Kapla High Council telah mendapat sambutan hebat dan kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas sokongan padu ini.
“Rentetan daripada itu, kami tidak teragak-agak untuk terus mempersembahkan filem ini di Astro First secara eksklusif bagi memberi peluang lebih ramai menikmatinya.
“Filem ini bukan sahaja sebuah hiburan, tetapi juga sebuah karya yang mencerminkan realiti sosial, serta membicarakan isu kritikal seperti institusi kekeluargaan. -Gempak