ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.


1. Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB

Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.



2. General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion

Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.


3. PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.


4. Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA

UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.


5. Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis

ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.


6. Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar

Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


7. Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar

Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.


8. Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar

Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.


9. Kumpulan pembebasan bersatu bentuk kerajaan baharu selepas kejatuhan Assad

Di Damsyik, suasana masih dalam perayaan menyambut perubahan ini, tetapi cabaran besar menanti.


10. AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif

Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.