"Struktur semasa adalah sangat tidak adil. Perlu ada wakil dari Amerika Latin dan Afrika.
"Kita bercakap tentang reformasi institusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kita bercakap tentang cita-cita, kemanusiaan dan nilai-nilai kemanusiaan.
"Kita bercakap tentang perwakilan. Tiada wakil dari Afrika, tiada wakil dari Amerika Latin, siapa peduli?
"Oleh itu, mereka mesti mempertimbangkan perwakilan demokratik yang mencukupi daripada wilayah Amerika Latin dan Afrika. Sangat tidak adil untuk meneruskan UNSC dengan mengecualikan mereka," katanya pada sesi kedua ‘Reformasi Institusi Tadbir Urus Global’ sempena Sidang Kemuncak G20, di sini, pada Isnin.
Jelas beliau, cadangan berkenaan reformasi PBB telah dibincangkan selama lebih lima dekad.
Lima anggota tetap UNSC, juga dikenali sebagai Big Five atau P5, ialah China, Perancis, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Perdana Menteri berkata, seruan untuk reformasi PBB mesti merangkumi prinsip perwakilan.