Dalam acara Musyawarah Perencanaan Pembangunan Nasional di Jakarta pada Isnin, beliau menyatakan, langkah pencegahan telah dilaksanakan untuk mengelakkan mark up (penambahan anggaran), termasuk program pendigitalan untuk perolehan.
"Budaya menaikkan harga barangan, projek dan anggaran itu dianggap rasuah. Ia merompak wang rakyat," katanya.
"Jika anda mempunyai projek Rp100 juta, jangan dakwa ia adalah Rp150 juta."
Prabowo menjelaskan, amalan penambahan harga itu juga boleh mengakibatkan kebocoran dalam belanjawan negara.
Oleh itu, beliau menggesa kerajaan, badan perundangan dan badan kehakiman untuk bekerjasama dalam membasmi amalan penambahan.
"Kami menyasarkan pembangunan negara dengan mengurangkan semua bentuk ketirisan, manipulasi dan penambahan. Ini memerlukan usaha daripada semua pihak."
Prabowo menegaskan bahawa beliau akan mendedahkan nilai kebocoran anggaran itu pada masa lain. Jika perlu, katanya, beliau akan mendedahkannya dalam mesyuarat Kabinet.
Beliau juga menggesa kementerian, institusi dan kerajaan wilayah untuk menerima belanjawan yang diperuntukkan dan membenarkan perbelanjaan yang lebih besar untuk program keutamaan seperti sara diri makanan dan makanan berkhasiat percuma.
-- BERNAMA