Namun beliau menolak gencatan senjata penuh yang diharapkan oleh Presiden Donald Trump sebagai langkah awal ke arah keamanan.
Ukraine bersedia menerima perjanjian terhad ini, yang melarang kedua-dua negara menyerang infrastruktur tenaga masing-masing selama tempoh tersebut.
Namun pakar percaya Putin menggunakan taktik ini untuk mengelak sebarang konsesi besar sambil meneruskan kemaraan tenteranya di timur Ukraine.
White House menyatakan bahawa rundingan bagi pelan damai lebih luas akan dimulakan segera selepas perbualan panjang antara Trump dan Putin.
Bagaimapun, masih tidak jelas sama ada Ukraine akan terlibat dalam proses tersebut.
Menurut Kremlin, Putin mengarahkan tenteranya menghentikan serangan terhadap tapak tenaga selepas berbincang dengan Trump.
Namun beliau tetap bimbang bahawa gencatan senjata sementara akan memberi Ukraine peluang untuk memperkuatkan pertahanan dan mengumpul lebih banyak tentera.
Putin juga menegaskan bahawa sebarang penyelesaian konflik harus merangkumi penghentian bantuan ketenteraan dan risikan kepada Ukraine.
Ia menunjukkan sikap berhati-hatinya terhadap sebarang langkah yang mungkin melemahkan kedudukan Rusia dalam peperangan ini.
