Witkoff menyatakan keyakinan tentang perbincangan yang akan datang, menyatakan yang beliau percaya kedua-dua presiden akan terlibat dalam "perbincangan yang sangat baik dan positif."
Beliau juga mengesahkan terdapat komunikasi yang berterusan dengan pegawai Ukraine, menyatakan bahawa AS menasihati mereka mengenai pelbagai isu yang sedang dipertimbangkan.
Apabila ditanya sama ada rundingan mengenai penyelesaian konflik di Ukraine mencapai tahap di mana Trump boleh terlibat, Witkoff mengesahkan yang Trump terlibat dalam semua aspek dan arah perbincangan itu.
Trump turut dimaklumkan mengenai hasil pertemuannya dengan Putin.
Witkoff turut menegaskan bahawa presiden AS dimaklumkan secara langsung mengenai perkembangan semasa dan terlibat dalam setiap keputusan penting berkaitan perkara itu.
-- BERNAMA
