MEXICO CITY: Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva pada Khamis berkata Brazil akan kekal berkecuali dalam konflik perang Rusia-Ukraine.
"Tiada apa-apa yang akan berlaku sehingga Ukraine dan Rusia membuat keputusan bahawa mereka mahukan keamanan," lapor Agensi Anadolu memetik Lula sebagai berkata selepas bertemu Presiden Finland Sauli Niinisto.
"Oleh itu, Brazil adalah antara kumpulan negara yang mahu kekal berkecuali dalam usaha menyumbang kepada kemungkinan menamatkan perang itu," kata Lula di Istana Itamaraty di Brasilia.
Walaupun Lula mengecam serangan dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, presiden berhaluan kiri itu akan kekal berkecuali dalam konflik itu serta mendesak kedua-dua negara yang berperang supaya mencari jalan keluar secara aman.
"Kami cuba merangka peluang dan jika bersesuaian dengan kedua-dua presiden Rusia dan Ukraine, ia akan dibawa ke meja rundingan untuk dipersetujui kedua-dua negara," kata Lula.
Lula telah beberapa kali menyuarakan mengenai perlunya satu blok antarabangsa seperti G20 untuk menyatukan rundingan damai bagi menamatkan perang.
Selepas menyertai Sidang Kemuncak G7 di Jepun, Lula mengulangi pendirian berkecualinya dan memberi jaminan bahawa beliau sedang berbincang dengan India, China, Indonesia dan negara lain untuk mewujudkan blok bagi dasar keamanan dunia dan menyatakan beliau turut berkongsi inisiatif itu dengan pemimpin di Amerika Latin.
Pemimpin Brazil itu bagaimanapun mengkritik Amerika Syarikat dan Eropah kerana sengaja meneruskan dengan perang dengan membekalkan senjata kepada tentera Ukraine.
Pada Januari, Lula menolak permintaan Jerman untuk menghantar peluru ke Ukraine.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2023

Lula da Silva bercakap pada sidang media selepas mesyuarat bersama presiden Finland di Istana Itamaraty, Brasilia, Brazil, 1 Jun 2023. (Foto AP)

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Presiden Brazil Lula dibenar keluar hospital selepas pembedahan pendarahan otak
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.

Hubungan dua hala baik dengan empat negara dikunjungi buahkan hasil - PM Anwar
Anwar berkata ini boleh dilihat menerusi persetujuan Mesir untuk meningkatkan jumlah import sawit dari Malaysia serta menjadi pelabuhan bagi eksport produk sawit ke negara-negara Afrika yang berjiran.

Perkukuh hubungan bilateral melalui kerjasama penyelidikan dan pendidikan - PM
Kebergantungan kepada negara atau universiti terkemuka tertentu untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi semakin tidak relevan.

Presiden Brazil batalkan perjalanan ke Sidang Kemuncak COP16 atas nasihat perubatan
Presiden Lula da Silva dinasihatkan supaya mengelakkan perjalanan jauh selepas mengalami kecederaan di kepala akibat terjatuh di bilik mandi pada 19 Okt.

Presiden Brazil pulih selepas kecederaan di kepala
Pada 19 Okt, Lula terjatuh dalam bilik air di Palacio da Alvorada, kediaman rasmi Presiden hingga mengakibatkan kecederaan di kepala.

Presiden Brazil batalkan lawatan ke Sidang Kemuncak BRICS akibat cedera di kepala
Lula da Silva disarankan untuk mengelakkan perjalanan jarak jauh.

Bekas Presiden Brazil protes, mahu rampasan kuasa tentera
Demonstrasi diadakan selepas beliau menjadi sasaran serbuan polis awal bulan ini susulan siasatan atas dakwaan cuba melakukan rampasan kuasa.

Presiden Brazil dakwa Israel laksana genosid di Gaza
Beliau juga tegaskan menyokong penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka.

Presiden Brazil dakwa Netanyahu mahu hapuskan Semenanjung Gaza
Lula da Silva turut sifatkan situasi di Asia Barat sebagai sangat kritikal dan mendesak supaya kuasa veto dalam UNSC ditamatkan.