KUALA LUMPUR: Sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, Kumpulan AmBank mempersembahkan "AmBank Fiesta@The Curve dan “AmBank Bazar Ramadan@Foodpark, Matic" iaitu siri karnival perayaan yang menghimpunkan rakyat Malaysia bersama-sama dalam semangat perpaduan dan perayaan yang sebenar.

Sebagai sebahagian daripada sambutan Ulang Tahun ke-50 AmBank yang bertemakan "Malaysia Kita", acara ini mencerminkan komitmen mendalam bank berkenaan kepada rakyat dan komuniti yang dilayaninya.

Berlangsung di dua lokasi bandar utama - The Curve, Kota Damansara; dan Foodpark, Matic di Jalan Ampang, ibu negara, karnival-karnival ini menampilkan lebih 300 vendor, penjual dan penjaja yang menawarkan pelbagai barangan keperluan perayaan, daripada fesyen dan kenang-kenangan raya, selain juadah Malaysia yang paling digemari.

Antara yang mengambil bahagian ialah rakan kongsi penjenamaan AmBank – Ibupreneur, MySkills Foundation dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) yang turut tampil menjual hidangan kegemaran perayaan.

Karnival-karnival ini turut menampilkan selebriti-selebriti tempatan yang turut menjual produk-produk mereka.

Di samping dua lokasi tersebut, AmBank turut menyemarakkan semangat Ramadan dengan tiga bazar di Kawasan-kawasan perbandaran utama - AmBank Bazar Ramadan Tradisi@Datuk Keramat; AmBank Bazar Ramadan Tradisi@Jalan Padi Mahsuri Bandar Baru Uda, Johor Bahru; and AmBank Bazar Ramadan Tradisi@Kamunting, Taiping.

Menurut Ketua Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan, Kumpulan AmBank, Shazman Shahid, AmBank sentiasa percaya dan menerima kepelbagaian dalam negara yang menjadi Malaysia sangat unik.

Apa lagi, jelas beliau, dalam meraikan kemeriahan Ramadan dan Aidilfitri iaitu dua sambutan yang utama di Malaysia membuka ruang yang sangat luas untuk berkongsi kegembiraan.

“Ramadan dan Aidilfitri adalah antara perayaan yang utama di Malaysia, dan di AmBank, kami percaya dalam menerima kepelbagaian yang menjadikan negara kita unik.

“Karnival-karnival ini adalah lebih daripada sekadar pasar jualan - ia adalah perhimpunan rakyat dari semua lapisan masyarakat, berkumpul untuk berkongsi kegembiraan musim ini.

“Melalui acara ini, kami berharap dapat memupuk rasa kebersamaan di samping menyediakan wadah yang bermakna dan berdaya maju untuk usahawan kecil mempamerkan perniagaan mereka dan berkembang maju,” kata Shazman dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Beliau memberitahu, karnival-karnival ini bukan sahaja menawarkan pengalaman membeli-belah, tetapi ia juga berfungsi sebagai wadah pemerkasaan untuk usahawan tempatan dan pemilik perniagaan kecil, memberi mereka peluang untuk berhubung dengan pelanggan dan mengembangkan perniagaan mereka semasa musim perayaan ini.

Ketika Kumpulan AmBank meneruskan sambutan Ulang Tahun ke-50nya, karnival-karnival ini berdiri sebagai bukti komitmen bank terhadap komuniti, keterangkuman dan pemerkasaan ekonomi.

Semua rakyat Malaysia dijemput untuk menjadi sebahagian daripada perayaan besar ini dan merasai kehangatan dan kemeriahan negara yang kita cintai.

Untuk maklumat lanjut mengenai karnival-karnival ini, ikuti kami di saluran media sosial rasmi kami atau layari www.ambankgroup.com.