PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengemukakan sebarang pertanyaan kepada AmBank berhubung dana dalam jumlah yang besar sentiasa keluar masuk ke akaun bank peribadinya sehingga beliau menutup akaunnya pada 2015.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram berhujah bahawa bekas perdana menteri itu tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap bank itu atas dakwaan dana dikredit dan didebit secara salah ke akaunnya.
"Keterangan dua pegawai AmBank iaitu Uma Devi Raghavan dan Joanna Yu Ging Ping menunjukkan Najib tidak pernah membuat sebarang pertanyaan kepada AmBank apatah lagi membuat sebarang aduan berhubung jumlah dana yang besar yang sentiasa keluar masuk akaunnya.
"Malah, perayu (Najib) tidak mempunyai masalah dengan baki banknya sehingga menutup akaunnya pada Mac 2015," katanya pada prosiding rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman terhadap penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Beliau berhujah demikian di hadapan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd.
Selain itu, Sithambaram berkata Najib telah menugaskan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC Nik Faisal Ariff Kamil dan Allahyarham Datuk Azlin Alias (ketika itu setiausaha sulit Najib) untuk memastikan dana mencukupi dalam akaunnya.
Beliau berhujah bahawa pemindahan dana itu atas arahan perayu oleh ketiga-tiga mereka dan perayu yang mendapat manfaat daripada RM42 juta dikreditkan ke akaunnya.
"Satu-satunya isu ialah sama ada perayu mempunyai pengetahuan mengenai RM42 juta dalam akaunnya semasa ia diterima. Walau apa pun, mengelak daripada mengambil tahu untuk mengelak daripada melakukan kesalahan bukanlah satu pembelaan," katanya.
Sithambaram berkata berdasarkan keseluruhan keterangan, Ahli Parlimen Pekan itu membelanjakan dana itu untuk kepentingannya sendiri dan sudah tentu beliau mengetahui mengenai RM42 juta dalam akaunnya.
Timbalan Pendakwa Raya itu berhujah adalah sia-sia bagi Najib mahu mahkamah mempercayai bahawa beliau tidak mengetahui tentang RM42 juta yang dikreditkan ke dalam akaun banknya kerana ia bukan jumlah yang kecil.
Bagaimanapun beliau berkata antara Jun 2014 dan Februari 2015, Najib mengetahui bahawa beliau hanya mempunyai RM49 juta daripada derma yang didakwa dari Arab.
"Itu juga beliau telah habiskan kecuali kira-kira RM6 juta, terdiri daripada deposit tunai RM5 juta (bukan derma Arab) sebelum RM42 juta itu. Oleh itu, RM42 juta yang masuk dalam akaunnya akan menjadi 100 peratus pertambahan dana.
"Namun, perayu mengatakan beliau tidak mempunyai pengetahuan tentang RM42 juta ini. Tiada siapa yang boleh membelanjakan wang daripada apa yang dia ada dan mendakwa bahawa beliau tidak tahu tentang dana yang dibelanjakannya. Malah apa yang dikatakan derma Arab yang telah habis itu tidak membantu naratif perayu," tegasnya.
Perbicaraan bersambung pukul 3 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 19 2022
Sithambaram berhujah bahawa bekas perdana menteri itu tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap bank itu atas dakwaan dana dikredit dan didebit secara salah ke akaunnya. - Astro AWANI/Shahir Omar
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
G7 desak pemain serantau di Asia Barat bertindak cermat dalam krisis
Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) mengulangi kebimbangan mereka terhadap krisis di Asia Barat dan menyeru pemain serantau supaya bertindak dengan bertanggungjawab serta berhemah.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
Mereka turut menegaskan sokongan penuh terhadap keselamatan Israel.
AS sokong operasi Israel di Lubnan meski risiko meluaskan konflik
Pentadbiran Joe Biden menyatakan bahawa adalah wajar untuk Israel meneruskan serangan darat dan udara terhadap Hezbollah buat masa ini, menurut jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Matthew Miller.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Namun, beliau mengakui risiko operasi di Lubnan mungkin melangkaui matlamat semasa Israel.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Politik stabil, dasar kerajaan tarik minat syarikat global melabur di Malaysia - Gobind
Menurut Menteri Digital Gobind Singh Deo, pada masa ini terdapat banyak perbincangan, tidak hanya antara syarikat-syarikat di negara serantau malah dunia berhubung perkara itu.
'Tunjuk bukti suami saya terima wang 1MDB' - Zeti
Zeti sebaliknya menegaskan pasukan pembelaan Najib perlu membuktikan kononnya Tawfiq atau anaknya menerima wang 1MDB melalui Cutting Edge Industries Ltd
Bekas pegawai Ambank akui pernah tawar diri masak sup ketika Jho Low sakit
Bekas Pengurus Perhubungan AmBank yang mengendali akaun milik Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa beliau pernah menawarkan diri memasak sup untuk Jho Low ahli perniagaan dalam buruan itu sakit.
Kes dana 1MDB: Mahkamah dengar hujah pendakwaan bagi penerimaan rakaman audio sebagai bukti
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan dana 1MDB di Mahkamah Tinggi hari ini mendengar hujah pihak pendakwaan berhubung permohonan mengemukakan rakaman audio sebagai bukti.
Kes SRC: Rayuan terakhir Khamis ini, Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan utama
Keadilan yang ditangguhkan melalui kes ini, bermakna keadilan telah dinafikan kepada orang tertuduh yang lain, kata Ketua Hakim Negara.
Kes SRC: Bukti baharu Najib berlandaskan khabar angin, cubaan melengahkan perbicaraan - Sithambaram
Mahkamah perlu menolak bukti baharu berkenaan kerana afidavit tambahan Najib itu berpandukan keterangan pihak ketiga, kata Timbalan Pendakwa Raya.
Kes SRC: Mohd Nazlan mungkin berat sebelah, tidak dedahkan peranan Maybank - Hisyam Teh
Pasukan Pembelaan tegaskan Hakim Mohd Nazlan sepatutnya mengundurkan kerana pernah bersama Maybank, yang berperanan dalam penubuhan SRC International.
Proses rayuan terakhir Najib Tun Razak bermula Isnin
Proses rayuan melibatkan Ahli Parlimen Pekan itu di Mahkamah Persekutuan selama 10 hari, antara 15 Ogos hingga 26 Ogos, 2022.
Rafizi dakwa Najib di sebalik penyelewengan skandal LCS
Rafizi mendakwa Najib mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pertukaran rekabentuk LCS, serta kontraktor di sebalik penyiapan kapal tempur itu
Dr Mahathir akui 'kagum' dengan Najib
Berbeza dengan UKSB, Dr Mahathir berkata, dana yang diterima Najib mempunyai paper trail dan digital footprint, malah terbukti di mahkamah.
Najib sahkan lantikan pasukan peguam baharu, yakin beri perspektif berbeza pembelaan SRC International
Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pelantikan firma Tetuan Zaid Ibrahim, Suflan, TH Liew & Co untuk mewakili beliau dalam rayuan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan.