Ringkasan AI
- Kerajaan Terengganu sedang mempertimbangkan untuk memberikan cuti tambahan sehari sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
- Keputusan tersebut telah dibuat dan akan dibawa menghadap Sultan Terengganu untuk mendapatkan perkenan.
- Pengumuman rasmi mengenai cuti tambahan dan pemberian dana raya akan dibuat pada minggu hadapan selepas keputusan muktamad dicapai.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan tersebut telah dibuat dan akan dibawa menghadap Sultan Terengganu bagi mendapatkan perkenan.
“Kita sudah buat keputusan dan akan menghadap Kebawah Duli Tuanku untuk mendapat perkenan dalam waktu terdekat.
“Saya akan maklumkan kemudian. Tunggu pemakluman daripada saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Apresiasi Kontinjen Terengganu Temasya SUKMA XXI Sarawak 2024 di Wisma Darul Iman di sini pada Rabu.
Beliau turut memaklumkan bahawa pengumuman rasmi akan dibuat pada minggu hadapan selepas keputusan muktamad dicapai.
Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri masih dalam perbincangan mengenai pemberian dana raya kepada rakyat Terengganu.
“Kita akan cuba. Bila kata cuba, maksudnya kita berusaha.
“Sama ada dapat atau tidak... Saya rasa semua sudah sedia maklum bahawa kewangan kerajaan negeri dipegang oleh Putrajaya.
“Kita kena mohon dahulu 'duit kita' di sana dan bila sampai ke sini, barulah kita boleh agihkan," jelasnya.
Umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 31 Mac depan, tertakluk kepada perubahan.
https://www.sinarharian.com.my/article/718499/edisi/terengganu/terengganu-pertimbang-cuti-tambahan-aidilfitri
