Menurut kenyataan White House, desakan itu dinyatakan dalam perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
Perbincangan ini berlangsung ketika pegawai AS berusaha untuk mencapai perjanjian mengenai tebusan Gaza dan gencatan senjata sebelum Biden meninggalkan pejabat pada 20 Januari.
Dalam kenyataan itu, White House menyebut bahawa Biden dan Netanyahu membincangkan usaha untuk menghentikan pertempuran di Gaza dan membebaskan baki tebusan di wilayah itu.
Biden menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan dengan penambahan bantuan kemanusiaan.
Netanyahu memaklumkan kepada Biden tentang kemajuan rundingan dan mandat yang diberikan kepada delegasi keselamatannya yang kini berada di Doha untuk memajukan perjanjian tebusan.
Kedua-dua pemimpin turut membincangkan perubahan keadaan serantau, termasuk perjanjian gencatan senjata di Lubnan, kejatuhan rejim Bashar al-Assad di Syria dan kelemahan kuasa Iran di rantau itu.
Sementara itu, penasihat keselamatan negara AS Jake Sullivan memaklumakan perjanjian hampir dimuktamadkan.
Namun masih ada beberapa halangan yang perlu diselesaikan.
Biden menerima kemas kini harian mengenai rundingan di Doha, dengan pegawai Israel dan Palestin telah melaporkan kemajuan dalam perbincangan tidak langsung antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas sejak Khamis lalu.
Israel melancarkan serangan di Gaza selepas pejuang Hamas menyerang sempadan Israel pada Oktober 2023, menyebabkan 1,200 orang terbunuh dan lebih 250 tebusan diambil.
Sejak itu, lebih 46,000 rakyat Palestin syahid di Gaza.
Sebahagian besar wilayah Gaza musnah, menghadapi krisis kemanusiaan dan majoriti penduduknya terpaksa berpindah.