BRUNO Fernandes memuji kecemerlangan Altay Bayindir berikutan ketangkasannya penjaga gol Manchester United itu ketika menentang Arsenal.

Pemain antarabangsa Turki itu, yang menjadi pelapis kepada Andre Onana, hanya membuat penampilan kompetitif kelimanya untuk Red Devils sejak tiba dari Fenerbahce pada September 2023.

Dan dia memanfaatkan peluang yang jarang ditemuinya itu dengan menyelamatkan sepakan penalti Martin Odegaard dalam separuh masa kedua, sementara turut menggagalkan Kai Havertz dari jarak 12 ela itu ketika pasukan kendalian Ruben Amorim tersebut menang 5-3 selepas terikat 1-1 di Emirates.

Lantas, Fernandes memuji rakan sepasukannya.

“Ia adalah detik yang besar untuknya, sepakan penalti pertama dan satu lagi penyelamatan di sini dan kami sangat gembira untuknya,” kata kapten Man Utd itu kepada BBC Sport.

“Sukar untuk menjadi penjaga gol kedua, dia datang ke mari untuk bermain.

"Setiap kali dia mendapat peluang, dia di dalam kelas terbaik untuk kami, dia hebat dalam sesi latihan, dia sentiasa bersedia untuk semua orang dan dia benar-benar berhak mendapat detik ini."