Pengurus dari Belanda itu pernah menjulang Piala FA bersama United pada 2004, bahkan sempat bertindak sebagai pengurus sementara The Red Devils berikutan pemecatan Erik ten Hag sebelum mengambil alih The Foxes.
United kendalian Ruben Amorim memulakan usaha mempertahankan kejuaraan mereka dengan kemenangan dramatik ke atas Arsenal menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Emirates awal pagi tadi, biarpun bermain lebih sejam dengan 10 pemain selepas kad merah dipungut Diogo Dalot.
Dalam masa sama, kelab Liga Kejuaraan, Plymouth Argyle, yang mengejutkan Brentford dalam pusingan ketiga akan menghadapi pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool.
Manchester City pula akan bertandang ke tempat lawan untuk menentang sama ada Leyton Orient atau Derby County, manakala Nottingham Forest dan Newcastle United masing-masing diundi bertemu Exeter City atau Birmingham City.
Aston Villa pula terbabit dalam pertembungan sesama wakil EPL, Tottenham, sambil Brighton akan melayani kunjungan Chelsea dan Everton menghadapi Bournemouth.
Ipswich Town dan Wolves pula akan diuji kelab Liga Kejuaraan, Coventry City dan Blackburn Rovers, manakala menghadapi sama ada Mansfield Town atau Wigan Athletic di tempat lawan.