PEMILIK Manchester United, Sir Jim Ratcliffe, mencadangkan kepada bekas pengurus, Sir Alex Ferguson, bahawa susulan status kewangan kelab itu bermakna khidmat Ferguson sebagai duta kelab tidak lagi diperlukan.

Ratcliffe dalam usaha menyelamatkan kantung kelab itu dan mahu memperkenalkan penstrukturan semula kewangan The Red Devils dan antaranya menamatkan kontrak bekas pengurus itu yang bernilai 2 juta  pound (RM11.4 juta).

Ferguson bersetuju untuk berkompromi setelah mengadakan perbincangan bersama anak lelakinya dan sedia mengutamakan kepentingan kelab.

Dalam masa sama, Ratcliffe hairan dengan sikap boros Manchester United apabila mendapati pengurusan lama melantik seorang penasihat bahasa badan yang menikmati gaji sebanyak 175,000 pound (RM999,977) setahun. -- Stadium Astro