Pengendali kelahiran Belanda itu menghadiahkan dua trofi, Piala Liga Inggeris (EFL) dan juara Piala FA 2024 buat peminat sepanjang berkhidmat, nasib terumbang-ambing dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadikan dirinya tidak lagi memiliki jodoh bersama Man Utd.
Sehingga kini, status bekas pengurus Ajax Amsterdam itu masih lagi jelas tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana kelab.
"Saya memutuskan untuk tidak menerima apa-apa tawaran sehingga musim tamat.
"Saya akan meneliti segala tawaran apabila musim baru akan bermula. Jika ada perkara yang saya rindukan, ia adalah Old Trafford," katanya. - Stadium Astro
