Jaringan penalti pada minit ke-53 Ryan Hardie memastikan Plymouth Argyle menang 1-0 dan melakar kejutan terbesar Piala FA musim ini apabila menyingkirkan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool.
Kelab tercorot saingan Kejuaraan itu menghentikan The Reds daripada menjaringkan gol buat kali ketiga musim ini, dengan harapan mereka untuk menjulang quadruple tidak kesampaian.
Liverpool membuat 10 pertukaran daripada pertembungan EPL sebelum ini, dan mereka bergelut mencari rentak, dengan Plymouth berazam untuk memastikan pelawat berdepan waktu yang sukar.
The Reds mengambil masa 36 minit untuk menghasilkan percubaan tepat ke sasaran yang pertama, percubaan James McConnell memaksa penjaga gol Conor Hazard untuk berusaha keras untuk menepis keluar.
Plymouth memulakan separuh masa kedua dengan lebih cemelerang, dan hasilnya mereka berjaya mendapatkan sepakan penalti apabila bola terkena tangan Harvey Elliott.
Hardie tenang mengambil sepakan dari 12 elak, menewaskan Caoimhin Kelleher yang gagal meneka haluan bola sebelum penyokong tuan rumah bersorak riang.
Plymouth memastikan gol yang diperoleh berjaya dikekalkan sehingga tamat perlawanan sekaligus memastikan kemenangan dan menyingkirkan Liverpool.
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)