Pertemuan yang diadakan di Abu Dhabi itu turut membincangkan usaha serantau dan antarabangsa untuk mencapai gencatan senjata yang kekal di Gaza.
Dalam pada itu, Hamas menggesa Israel menghentikan sepenuhnya serangannya ke atas Gaza dalam sebarang perjanjian untuk membebaskan tebusan.
Kumpulan Pejuang Palestin dan Israel telah mengadakan rundingan dengan perantara dari Qatar dan Mesir dalam usaha yang paling intensif selama berbulan-bulan untuk mencapai gencatan senjata di Gaza.
Terdahulu, Hamas, telah meluluskan senarai 34 tawanan yang dikemukakan oleh Israel untuk potensi pertukaran dalam perjanjian gencatan senjata pada Ahad.
Pegawai itu, yang bercakap dengan syarat identitinya dirahsiakan menegaskan, sebarang perjanjian adalah bergantung kepada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.
Tekanan semakin meningkat ke atas kedua-dua pihak untuk mencapai perjanjian gencatan senjata yang merangkumi pembebasan tawanan yang ditahan di Gaza sebelum Presiden AS yang bakal dilantik, Donald Trump, memegang jawatan secara rasmi pada 20 Januari ini.