Menerusi sebuah rakam video dikongsi aktivis di X, kejadian itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan dari rumahnya ke sebuah rumah ibadat.
Menurut media antarabangsa, kejadian di Herzliya, tengah Israel itu turut menyaksikan seorang penunjuk perasaan mengangkat plakad dengan tulisan, 'Kesemua para tebusan adalah manusia'.
Tulisan itu merujuk kepada tuntutan agar semua tahanan dibebaskan dan bukan hanya sebahagian.
Langkah itu merupakan sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata yang berpotensi dicapai.
Seorang wanita yang menyertai protes tersebut turut mengatakan, kesemua tebusan tidak mempunyai peralatan musim sejuk lengkap atau sebuah rumah kukuh untuk melindungi mereka.
Jelasnya, para tebusan berada di dalam terowong sambil menunggu tindakan kepimpinan Israel dan bukan sekadar berdoa agar keajaiban berlaku.
Perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza sebelum ini ditangguhkan akibat syarat baharu ditetapkan Israel.
Menurut pemerhati antarabangsa, tindakan itu dilihat sebagai langkah untuk melengahkan rundingan.