ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Disember 2024.


1. Amaran kesihatan berhubung demam campak dikeluarkan di Sydney

NSW Health mengeluarkan amaran itu pada Jumaat, menasihatkan orang ramai agar berwaspada terhadap simptom dan tanda-tanda demam campak.



2. Malaysia sambut baik resolusi PBB rujuk ICJ mengenai kewajipan Israel

Resolusi itu adalah tindak balas terhadap keputusan Knesset Israel untuk mengharamkan operasi UNRWA di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.


3. Israel langgar gencatan senjata dengan Lubnan 6 kali pada hari ke-23

Tentera Israel melanggar perjanjian gencatan senjata dengan Lubnan sebanyak enam kali pada hari ke-23, lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik laporan Agensi Berita Kebangsaan Lubnan (NNA) pada Khamis.


4. Mayat ahli akademik Turkiye hilang ditemukan di terusan London

Mayat ahli akademik Turkiye, Orhan Ekren yang dilaporkan hilang pada akhir November ditemukan di Terusan Regent di London, menurut keluarganya pada Khamis, lapor Agensi Anadolu (AA).


5. Penggunaan telefon bimbit di sekolah di Brazil akan dilarang

Penggunaan telefon bimbit akan dilarang di sekolah rendah dan menengah di Brazil jika undang-undang yang diluluskan oleh Kongres baru-baru ini mendapat persetujuan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva.


6. 7 maut dalam kebakaran di bengkel lilin

Tujuh orang maut dalam kebakaran sebuah bengkel lilin di bandar Shubra El-Kheima, wilayah Qalyubia, utara ibu negara Kaherah pada Khamis, menurut Xinhua yang memetik laporan media rasmi.


7. Penyiasat Korea Selatan panggil Yoon untuk soal siasat pada hari Krismas

Presiden Korea Selatan yang didakwa, Yoon Suk Yeol telah dipanggil untuk disoal siasat pada Rabu depan yang jatuh pada Hari Krismas.


8. Taufan Chido: Penduduk kepulauan Mayotte luah kemarahan pada Macron

Penduduk terjejas akibat taufan Chido di kepulauan Mayotte merayu kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron untuk melakukan lebih banyak usaha membantu mereka pada Khamis.


9. SpaceX mahu lancar lebih banyak misi angkasawan swasta ke ISS

Misi itu bagaimanapun bergantung kepada kelulusan NASA dan ia membabitkan firma Vast.


10. AS sekat entiti berkaitan Iran, Houthi

Amerika Syarikat (AS) bertindak mengenakan sekatan terhadap entiti berkaitan Iran dan kumpulan Houthi.