ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 16 Oktober 2024.


1. Jokowi sokong pilihan Kabinet Prabowo, tegaskan kesinambungan

Menurut Jokowi, keputusan Menteri Pertahanan Prabowo telah dibentuk oleh lima tahun kerjasama mereka sejak 2019.



2. Hong Kong siasat kematian sembilan monyet di zoo

Kematian sembilan ekor monyet dalam beberapa hari di sebuah zoo di Hong Kong, mendorong siasatan dijalankan untuk mengetahui puncanya, lapor United Press International (UPI).


3. Israel guna undang-undang sendiri rampas tanah ibu pejabat agensi PBB

Permintaan untuk mesyuarat itu dibuat bagi menangani langkah perundangan terkini Israel yang menyasarkan agensi PBB itu, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).


4. BBC News umum operasi diperkecil, 130 wartawan akan hilang kerja, program HARDTalk ditamatkan

Sejumlah 155 pekerjaan akan dimansuhkan untuk mengurangkan kos sebanyak 700 juta pound setahun (RM3.9 bilion) di seluruh perbadanan penyiaran itu.


5. Bekas jurulatih Pulau Pinang, Jacksen F Tiago peluk Islam

Bekas jurulatih Pulau Pinang, Jacksen F Tiago memeluk Islam selepas meninggalkan kepercayaan agama lamanya.


6. PM akan pengerusikan mesyuarat khas Kabinet, bincang persiapan kepengerusian ASEAN 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini akan mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet bagi membincangkan persiapan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.


7. Korea Utara dakwa 1.4 juta orang muda sertai tentera minggu ini

Dakwaan itu dibuat semasa ketegangan di Semenanjung Korea semakin memuncak.


8. Ikrar Netanyahu 'tiada gencatan senjata' di Lubnan selepas ancaman Hezbollah

Perdana Menteri Israel menolak idea gencatan senjata di Lubnan ketika Amerika meningkatkan tekanan ke atasnya.


9. Arab Saudi menyumbang kepada sokongan UNRWA untuk pelarian Palestin

Kerajaan Arab Saudi komited sokong perjuangan Palestin dan membolehkan UNRWA melaksanakan tanggungjawabnya terhadap pelarian Palestin.


10. Singapura kerah jet pejuang susulan ancaman bom dalam penerbangan Air India Express

Singapura kerahkan dua jet pejuang F-15SG selepas Air India Express terima e-mel menyatakan terdapat bom di dalam pesawat penerbangan AXB684 menuju ke Singapura.