Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
Bernama
Sat Dec 07 2024
Usul untuk memecat Suk Yeol, dilihat gagal selepas Ahli Parlimen daripada parti pemerintah memboikot sesi pengundian. - Gambar Reuters/Kim Hong-Ji
SEOUL: Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.
Usul itu kurang lima undi untuk mencukupi kuorum ditetapkan selepas kesemua 192 wakil rakyat pembangkang dan tiga Ahli Parlimen parti pemerintah Parti Kuasa Rakyat (PPP) mengundi.
Usul untuk memecat Suk Yeol, dilihat gagal selepas Ahli Parlimen daripada parti pemerintah memboikot sesi pengundian, walaupun protes besar-besaran berlangsung di luar Parlimen, Korea Selatan pada Sabtu.