ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Disember 2024.


1. Nahas pesawat Azerbaijan Airlines: Ini fakta anda perlu tahu

Sekurang-kurangnya 38 orang terkorban selepas sebuah pesawat milik Azerbaijan Airlines terhempas di bandar Aktau, Kazakhstan pada Rabu.



2. Nahas pesawat: Kedutaan Azerbaijan di Malaysia buka nota takziah

Ucapan takziah juga boleh disampaikan secara bertulis melalui e-mel kepada kedutaan di kualalumpur@mission.mfa.gov.az.


3. 20 'kucing besar' mati akibat selesema burung di santuari Washington

Pihak santuari memberitahu, fasiliti itu berada di bawah kuarantin dan akan ditutup sementara, bagi membolehkan habitat disanitasi.


4. Suruhanjaya Negara siasat punca pesawat Azerbaijan Airlines terhempas

Melalui kerjasama pihak berkuasa Kazakhstan, Pejabat Peguam Negara Azerbaijan sedang menyiasat punca kejadian dan membuka kes jenayah.


5. Pembangkang Korea Selatan kemuka usul dakwa Pemangku Presiden, undi ditetapkan Jumaat

Parti Demokratik telah berikrar untuk mendakwa Han melainkan pemangku presiden meluluskan pelantikan calon hakim yang dicadangkan mereka.


6. China serah dua kumpulan lagi bantuan kemanusiaan kepada Gaza

China bersedia terus mengekalkan komunikasi dan penyelarasan dengan jabatan berkaitan dari Palestin dan Mesir untuk mendorong pelaksanaan bantuan kemanusiaan berterusan kepada Gaza melalui Mesir.


7. Isteri pemimpin Syria yang digulingkan dilapor hidap leukemia kronik

Asma al-Assad sedang diasingkan untuk mencegah jangkitan dan tidak boleh berada di dalam bilik yang sama dengan individu lain.


8. Usaha perlu diperkasa eratkan hubungan China-Jepun - Wang Yi

Wang Yi berkata, kedua-dua pihak perlu menjana impak sosial dalam suasana proaktif, terutamanya menyokong pertukaran antara kumpulan pemikir.


9. Azerbaijan isytihar hari berkabung susulan tragedi pesawat terhempas

Azerbaijan mengisytiharkan perkabungan negara pada Khamis untuk memperingati mangsa tragedi nahas pesawat Embraer 190 yang terhempas ketika dalam penerbangan dari Baku ke Grozny.


10. Situasi di Hospital Kamal Adwan di Gaza amat berbahaya, kata pengarah

Dr Hussam berkata tentera pendudukan itu menyasarkan petugas dan pesakit yang cuba bergerak keluar dari hospital, sambil menekankan bahawa situasi itu sangat berbahaya.