Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
Beliau juga menyatakan tentera Israel akan meneruskan serangan sehingga Hamas dikalahkan sepenuhnya.
Hamas sebelum ini membebaskan beberapa tebusan secara berperingkat dalam fasa pertama gencatan senjata yang dicapai bulan lalu.
Namun, pada Isnin, Hamas enggan melepaskan lagi tebusan dan menuduh Israel melanggar syarat gencatan senjata.
Mereka mendakwa Israel bertanggungjawab atas insiden tembakan maut serta kelewatan penghantaran bantuan ke Gaza.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menegaskan bahawa Hamas harus membebaskan semua tebusan sebelum tengah hari Sabtu.
Jika tidak, beliau akan mencadangkan pembatalan gencatan senjata Israel-Hamas yang berkuat kuasa sejak 19 Januari.
Tidak jelas sama ada Netanyahu merujuk kepada tebusan yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu atau kesemua tebusan yang masih ditahan di Gaza.
![](https://img.astroawani.com/2024-10/71728293049_freesize.jpg)