Dalam satu kenyataan, KCNA melaporkan bahawa Korea Utara menandatangani perjanjian itu pada Isnin, yang dimeterai pada 19 Jun di Pyongyang.
Perjanjian itu akan berkuat kuasa setelah kedua-dua pihak bertukar dokumen ratifikasi, menurut agensi itu.
Presiden Rusia Vladimir Putin menandatangani perjanjian itu pada Sabtu, lapor agensi berita Yonhap, yang memetik laporan agensi berita TASS Rusia.
Dewan Rendah Parlimen Rusia atau Duma meluluskan perjanjian itu pada 24 Okt.
Perjanjian berkenaan meningkatkan tahap kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara dan menetapkan bahawa mereka akan memberikan bantuan sekiranya mana-mana negara diserang.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Putin dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di Pyongyang pada Jun, tetapi kemudian perlu diluluskan oleh Duma dan ditandatangani oleh para pemimpin negara.
-- BERNAMA