ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.


1. Muzium Seni Laos dibuka secara rasmi untuk lonjak pelancongan, lestarikan budaya

Satu majlis pembukaan gilang-gemilang diadakan di ibu negara Laos, Vientiane, pada Ahad, yang turut dihadiri Perdana Menteri Laos.



2. Korea Utara lancar peluru berpandu balistik ke Laut Timur

Ujian itu merupakan pelancaran peluru berpandu balistik pertama Korea Utara pada tahun ini.


3. LaLiga: 'Bukan mudah Vinicius Junior tanggung penderaan perkauman'

Ancelotti optimis pemainnya akan terlepas daripada penggantungan minimum dua perlawanan.


4. Polis Indonesia laksana sistem mata demerit lalu lintas pada 2025

Pemegang lesen diberi 12 mata setiap tahun, yang akan ditolak setiap kali mereka langgar peraturan. Jika semua mata habis, lesen memandu akan dibatal.


5. Taiwan pergiat usaha takai iguana pada 2025

Chiu Kuo-hao berkata, iguana hijau kini direkodkan di seluruh Taiwan selatan dan sejauh utara Taichung.


6. Hassan Nasrallah dibunuh di bilik operasi perang Hezbollah ketika diserang Israel

Ketika tentera Israel melakukan serangan, Allahyarham Hassan Nasrallah dan pegawai kanan lain sedang bermesyuarat di lokasi bawah tanah.


7. Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel

Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.


8. Amerika dilanda musim sejuk melampau sejak 2011

Pihak berkuasa umumkan darurat di beberapa bahagian di AS iaitu Kentucky, Virginia, Kansas, Arkansas dan Missouri.


9. Serangan Israel rosakkan hampir 1,000 masjid di Gaza, kata pihak berkuasa

Sebanyak 815 rumah ibadat Islam musnah sepenuhnya manakala 151 lagi mengalami kerosakan separa.


10. Indonesia rancang kenalkan pertanian efisien air untuk tingkatkan pengeluaran padi

Teknik IPHA adalah kaedah penanaman padi yang menitikberatkan pengurusan tanaman, air dan tanah secara berkesan dan efisien.