ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 Januari 2025.


1. Pengampunan banduan: Kemuka permohonan, Agong punyai kuasa prerogatif - Istana Negara

Menurut Istana Negara, Seri Paduka Baginda juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah bagi kesalahan tersebut.



2. Sesi permukiman jemaah menteri ketiga tidak lama lagi - PM Anwar

Sesi permukiman kali ketiga Jemaah Menteri Kerajaan MADANI akan diadakan dalam tempoh terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


3. Projek tebatan banjir, basmi miskin tegar perlu disegerakan - PM Anwar

Semua isu mendesak, seperti kemiskinan tegar dan tebatan banjir perlu diselesaikan segera termasuk merombak unjuran projek sedia ada, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


4. Polis Selangor tangguh semua permit konsert berkuat kuasa serta-merta

Polis Selangor menangguhkan sementara semua permit penganjuran konsert di negeri itu susulan penyalahgunaan dadah di konsert Pinkfish di Bandar Sunway, pada sambutan ambang tahun baharu yang berakhir dengan kematian empat pengunjung.


5. Pengampunan banduan: Baca, hadam dan terima titah Agong - PM Anwar

Semua pihak diminta menerima titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung pengampunan mana-mana banduan yang diberi keampunan atau pengurangan hukuman.


6. KKM sedia isytihar 'perang' terhadap garam - Dzulkefly

Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia melancarkan kempen 'perang' terhadap garam yang bertujuan mengurangkan pengambilan bahan itu dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.


7. Keluarga Altantuya desak kerajaan siasat tuduhan Azilah

Keluarga Altantuya Shaariibuu mendesak Kerajaan Madani menjalankan siasatan terperinci terhadap tuduhan yang terkandung dalam afidavit bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri yang membunuh model Mongolia itu, 19 tahun lalu.


8. Hormat titah Agong, jangan sertai sebarang himpunan - KPN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai untuk tidak menyertai sebarang perhimpunan dan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong berhubung kuasa prerogatif Seri Paduka Baginda.


9. 'Najib terharu ahli UMNO akan solidariti di mahkamah Isnin ini'

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan penghargaan kepada UMNO atas sokongan yang diberikan untuk perhimpunan Solidariti 4 Najib Razak yang akan diadakan di Istana Kehakiman, Putrajaya pada Isnin ini.


10. Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia minggu depan

Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Selasa ini.