ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Januari 2025.


1. Di sebalik konflik: Kisah perjuangan dan ketabahan rakyat Palestin dan Syria

Rakyat Palestin dan Syria menanggung derita tidak terhingga akibat konflik yang tiada penghujungnya.



2. Presiden Senegal umum pengakhiran tentera asing menjelang 2025

Presiden Senegal Bassirou Diomaye Faye mengumumkan pada Selasa "pengakhiran kehadiran semua tentera asing" di negara Afrika Barat itu pada 2025 dalam ucapan sempena Tahun Baharu, lapor Xinhua.


3. Polis serbu Lapangan Terbang Antarabangsa Muan berkaitan nahas pesawat Jeju Air

Polis pada Khamis menyerbu Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, pejabat Jeju Air dan beberapa lokasi lain berhubung nahas pesawat syarikat penerbangan itu yang mengorbankan 179 nyawa.


4. Angka korban jambatan runtuh di Brazil meningkat kepada 12 orang

Angka korban akibat insiden jambatan runtuh di utara Brazil pada 22 Dis lepas, meningkat kepada 12 orang.


5. Pengebumian pertama diadakan untuk mangsa nahas pesawat Jeju Air

Pengebumian pertama bagi mangsa nahas pesawat Jeju Air diadakan pada Khamis, lima hari selepas tragedi di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di barat daya Korea Selatan yang meragut nyawa 179 orang.


6. Sekurang-kurangnya 2 maut, 20 cedera dalam insiden bunga api di Hawaii, AS

Polis Honolulu menggesa orang ramai "mengelakkan kawasan itu kerana pasukan pertolongan cemas memberikan bantuan perubatan dan lain-lain."


7. 10 maut, 4 cedera parah dalam tembakan di Montenegro

Insiden yang berlaku sekitar 3 petang waktu tempatan bermula dengan satu pertembungan ganas di sebuah restoran tempatan.


8. Angka korban “serangan pengganas” di New Orleans meningkat kepada 15 orang

Angka korban dalam "serangan pengganas" di New Orleans meningkat kepada sekurang-kurangnya 15 orang, menurut FBI.


9. AS siasat hubungan antara letupan Cybertruck di Las Vegas, serangan di New Orleans - Biden

Pentadbiran Joe Biden sedang siasat kemungkinan kaitan antara letupan Cybertruck di hotel Trump dan rempuhan trak pikap di New Orleans.


10. Bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant undur diri dari politik

Selepas berbulan berselisih pendapat dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Yollant akhirnya undur diri.