ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Januari 2025.


1. ATM sahkan insiden kekecohan libatkan warga Palestin di WTKL

Kekecohan dipercayai berpunca daripada keinginan warga Palestin yang mahukan proses permohonan mereka untuk kembali ke Palestin dipercepatkan.



2. TMJ dijemput sebagai tetamu khas Presiden PSG di Doha

Tunku Mahkota Ismail hadir mewakili Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam perbincangan bersama pengurusan tertinggi PSG.


3. Nahas KM204: Polis temukan rim besi dipercayai milik tayar lori punca kemalangan

Komponen tersebut dikenal pasti semalam di Pusat Pelupusan Sampah di Jalan Solok, Tangkak, Johor.


4. Tindakan tegas ke atas individu hadir perhimpunan solidariti Najib - Polis

Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana individu yang menyertai Himpunan Solidariti Datuk Seri Najib Razak di Istana Kehakiman, Putrajaya pada Isnin kerana ia melanggar undang-undang.


5. 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.


6. Konsert Pinkfish: Polis selesai rekod keterangan 41 individu

Polis sudah memanggil 41 individu setakat Ahad untuk direkod keterangan berhubung kematian empat pengunjung konsert Pinkfish yang berlangsung di Bandar Sunway sempena sambutan ambang tahun baharu.



7. Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ketenteraan - Mohamed Khaled

Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


8. Kekecohan di WTKL: Duta Palestin kesal, insiden tak cermin etika sebenar rakyat

Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali meluahkan kekesalannya atas insiden kekecohan yang berlaku melibatkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) petang semalam.


9. Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz

Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata beliau sentiasa menyokong apa sahaja usaha untuk menyatukan orang Melayu.


10. Ketua Pemuda UMNO 'hadir awal' ke Istana Kehakiman Putrajaya

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dilihat hadir lebih awal berbanding pemimpin parti lain apabila sempat memuat naik gambar sedang berjoging di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya.