ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Februari 2025.


1. Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Iswaran ditahan di rumah

Iswaran sebelum ini mengaku bersalah dan disabitkan dengan empat pertuduhan menerima barang berharga sebagai penjawat awam.



2. Al-Azhar tolak pemindahan warga Palestin secara paksa

Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menolak sekeras-kerasnya sebarang rancangan pemindahan rakyat Palestin secara paksa.


3. Trump tandatangani perintah eksekutif sekat Mahkamah Jenayah Antarabangsa

Trump mendakwa ICC melakukan "tindakan tidak sah dan tidak berasas" yang menyasarkan AS dan sekutu rapatnya, Israel.


4. Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan

Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nazhan dan Aras pada Jumaat, tampil membuat permohonan maaf berhubung penghasilan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di Kota Bandung.


5. Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan

AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.


6. Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza

Pemulihan dan pembangunan semula Gaza merupakan antara perkara utama dijangka dibincangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.


7. Gempa bumi kuat landa barat daya Sumatera, Indonesia

Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada 12.32 tengah hari ini.


8. Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China

Susulan ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung Terusan Panama, negara itu memutuskan untuk menarik diri daripada inisiatif pembangunan infrastruktur Jalur dan Laluan (BRI) China.


9. Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina

Kerajaan Bangladesh memberi amaran terhadap tindakan vandalisme selepas sekumpulan penunjuk perasaan yang marah dengan ucapan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, merobohkan kediaman bapanya.


10. Chad umum Kabinet baharu

Senarai anggota Kabinet dibacakan menerusi televisyen nasional dan platform dalam talian kepresidenan Chad.