KUALA LUMPUR: Pasukan hoki remaja kebangsaan bersedia untuk mengalas cabaran meneruskan dominasi emas dalam acara hoki padang lelaki Sukan SEA lebih lima dekad, walaupun bakal berdepan lawan yang lebih berpengalaman.
Malaysia, yang merupakan kuasa besar hoki di rantau ini dengan pencapaian cemerlang 16 pingat emas Sukan SEA sejak 1971, hanya membariskan empat pemain senior yang mempunyai pengalaman beraksi di pentas antarabangsa, manakala 14 lagi adalah pemain skuad remaja.
Empat pemain tersebut adalah penjaga gol Mohd Zaimi Mat Deris, Muhammad Amirul Hamizan Azahar (pertahanan), Muhammad Najib Abu Hassan (tengah) dan Muhamad Ramadan Rosli (penyerang).
Ketua Jurulatih Muhamad Amin Rahim dalam kenyataan semalam berkata anak buahnya telah bersedia sepenuhnya untuk memulakan kempen menentang tuan rumah, Kemboja pada Rabu depan, di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh.
Beliau berharap bahawa anak-anak buahnya akan menampilkan aksi terbaik sepanjang temasya itu sebagai persiapan menuju Kejohanan Piala Remaja Asia di Salalah, Oman bermula 23 Mei ini, selepas turut menyertai Siri Jelajah Perth Australia baru-baru ini.
"Harapan dan sasaran yang diletakkan oleh pasukan tentunya untuk menghadiahkan pingat emas kepada kontinjen Malaysia. Namun untuk pasukan, kami datang ke Sukan SEA dengan strategi serampang dua mata menjadikan pentas di temasya ini sebagai persiapan untuk Piala Remaja Asia.
"Pemain juga diingatkan supaya tidak memandang rendah akan kekuatan yang dimiliki oleh setiap pasukan yang bertanding dan setiap kali turun beraksi, pemain perlu turun dengan satu pemikiran yang betul selain memiliki mentaliti untuk menang pada setiap perlawanan," katanya.
Skuad negara dijadualkan bertemu Singapura pada Khamis (11 Mei), Thailand (13 Mei) dan Indonesia (14 Mei) untuk melengkapkan liga sepusingan dengan dua pasukan teratas mara ke final, manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat akan berkongsi gangsa.
Sementara itu, ketua jurulatih skuad wanita Mohd Nasihin Nubli Ibrahim berkata pihaknya tidak mahu memikirkan reputasi Malaysia pada edisi lepas dan dilabel sebagai pasukan pilihan untuk mengelak tekanan, sebaliknya fokus akan diberikan sepenuhnya terhadap setiap aksi selain menghormati setiap lawan yang bakal dihadapi.
Katanya untuk temasya kali ini, hanya empat pemain mempunyai pengalaman beraksi di Sukan SEA, manakala selebihnya mempunyai pengalaman beraksi di pentas antarabangsa seperti di Kejohanan Piala Asia 2022, Piala Dunia Remaja 2022 serta Kejohanan Jemputan China baru-baru ini.
"Kriteria pemilihan pemain ke Sukan SEA adalah lebih kepada kebolehan pemain mengadaptasi dengan permainan pantas, membuat keputusan baik, memiliki teknik baik dan berfikiran positif. Barisan kejurulatihan, pegawai dan para pemain memiliki hasrat juga motivasi yang tinggi dalam memburu pingat emas di Kemboja.
"Pengalaman yang telah diraih oleh setiap pemain pastinya membantu untuk meningkatkan lagi keyakinan mereka. Sukan SEA kali ini juga pasukan akan menampilkan pemain muda berusia 19 tahun iaitu Azmyra Mia Sofea Azhairy," katanya.
Skuad wanita negara yang turut mendominasi acara hoki padang dengan merangkul tujuh emas secara berturut-turut sejak edisi Jakarta 1997 hingga Kuala Lumpur 2017, dijadual bertemu Kemboja pada Rabu (10 Mei), Singapura (11 Mei), Thailand (13 Mei) dan Indonesia (15 Mei).
Acara hoki padang kembali dipertandingkan pada temasya dwitahunan itu selepas enam tahun setelah ia tidak dipertandingkan pada edisi Filipina 2019 dan Vietnam 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 05 2023

Pasukan hoki remaja kebangsaan hadir ke Sukan SEA Kemboja 2023 dengan strategi serampang dua mata menjadikan pentas di temasya itu sebagai persiapan untuk Piala Remaja Asia. - Gambar fail BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Sukan SEA 2025: KBS sasar pingat keseluruhan, tidak ikut warna pingat - Hannah
Katanya, penetapan itu turut mengambil kira saranan daripada barisan pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).

Khairul Hafiz pertimbang bersara jika tidak layak ke Sukan SEA 2025
Raja Pecut Asia Tenggara 2017 Khairul Hafiz Jantan memberi bayangan untuk bersara sekiranya tidak layak ke Sukan SEA di Thailand, pada 7 hingga 19 Dis tahun ini.

Pemain hoki ais negara jalani fasa saringan Sukan SEA 2025
Pemain hoki ais negara yang tersenarai menjalani latihan bakal melalui empat fasa saringan sebelum dipilih menyarung jersi Malaysia.

PMM sasar atlet panjat dinding ke LA28
Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM) menyasarkan untuk sekurang-kurangnya seorang atlet panjat dinding negara menjejakkan kaki di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Nurul Izzah Izzati sedia 'tawan' Eropah pada 2025
Tiada sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 yang khusus buat bintang muda berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang kini terus sibuk menjalani latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.

Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.

ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.

PSM setia dengan Ahmad Jais
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) memutuskan untuk mengekalkan khidmat Ahmad Jais Baharun sebagai ketua jurulatih skuad sepak takraw lelaki kebangsaan.

Papan Selaju: Momo mula persiapan hadapi Sukan SEA 2025
Program pembangunan yang diusahakan pasukan the Razkals sudah bermula sejak 2020 untuk cuba melayakkan atlet Malaysia ke Olimpik pada 2028.