KUALA LUMPUR: Malaysia memulakan rentak cemerlang acara berpasukan kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas mudah menewaskan Brunei 3-0 pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan C di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.
Berbekalkan kejayaan berganda meraih juara acara double dan regu semalam, anak buah Ahmad Jais Baharun bermula langkah kanan apabila Regu A yang dibarisi Amirul Zazwan Amir, Muhammad Haziq Hairul Nizam dan Baihakki A'ripin menyumbang mata pendahuluan buat negara dengan kemenangan 15-11 dan 15-7.
Regu B yang membariskan Muhammad Zaim Razali, Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican dan Muhammad Shahalril Aiman Halim memberikan keselesaan apabila menyumbang mata kedua dengan keputusan 15-7 dan 15-9.
Malaysia terus menambah duka buat Brunei dengan kutipan mata ketiga menerusi Regu C dibarisi Farhan Adam, Zuhri Muhammad Zain dan Mohamad Azlan Alias yang mencatat kemenangan 15-6 dan 15-5.
Skuad negara akan bertemu Jepun pada perlawanan kedua Kumpulan C, esok.
Muhammad Shahalril Aiman ketika ditemui berkata, skuad negara bagaimanapun tidak akan memandang mudah cabaran Jepun selepas ini dalam usaha untuk melangkah ke aksi final.
"Alhamdulillah dengan kemenangan diperoleh. Bagi saya jurulatih sudah menurunkan semua pemain untuk merasai rentak perlawanan berpasukan ini.
"Siapa pun yang diturunkan selepas ini akan menjanjikan persembahan 100 peratus," katanya.
Turut mencatat kemenangan pada perlawanan pertama peringkat kumpulan hari ini ialah Indonesia yang menewaskan Vietnam 3-0 dan akan bertemu Singapura pada perlawanan kedua Kumpulan A.
Dalam pada itu, kuasa besar sepak takraw, Thailand menewaskan India 3-0 dan akan bertemu China di perlawanan kedua Kumpulan B.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024

Aksi regu C Malaysia Mohammad Azlan Alias (kanan), Zuhri Muhammad Zain (tengah) dan Farhan Adam (kiri) ketika menentang pasukan Brunei dalam Acara Berpasukan pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa hari ini. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mudah tewaskan India, mara ke separuh akhir
Malaysia menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir acara berpasukan selepas mengetepikan cabaran India pada aksi suku akhir kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mula langkah kanan acara berpasukan
Malaysia memulakan rentak cemerlang acara berpasukan kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas mudah menewaskan Brunei 3-0 pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan C.

'Allah tolong kami dalam gelanggang'
Kejayaan itu sememangnya sukar untuk diucapkan dengan kata-kata apatah lagi lawan yang ditumbangkan boleh dianggap raja sepak takraw dunia.

PM Anwar ucap tahniah kepada pasukan sepak takraw Malaysia
Satu pencapaian yang membanggakan dan luar biasa, kata Perdana Menteri sambil mengucapkan tahniah kepada pasukan sepak takraw negara.

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia lakar sejarah rangkul juara acara double
Skuad negara mencipta sejarah tersendiri selepas menjuarai acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan menjinakkan seteru utama Thailand 2-0.

Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia beri sokongan kepada pasukan sepak takraw negara
Ahmad Zahid ajak orang ramai sokong pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, hari ini.

Malaysia, Thailand buat perhitungan di final double, regu
Skuad negara berjaya mencapai sasaran layak ke final acara regu dan double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Malaysia buat perhitungan dengan Korea Selatan di suku akhir
Aidil Aiman menunjukkan semangat yang tinggi apabila tetap mahu diturunkan walaupun masih dalam proses pemulihan susulan gastrik.

Farhan idam Piala Dunia selepas lebih 15 tahun dalam skuad kebangsaan
Selepas lebih 15 tahun berada dalam skuad kebangsaan, Farhan Adam atau lebih mesra dengan panggilan Emon memasang impian besar untuk menjulang Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di hadapan peminat tanah ai

21 negara sahkan slot untuk Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sebanyak 21 negara telah mengesahkan slot untuk menyertai Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa pada 18 hingga 26 Mei ini.