KUALA LUMPUR: Selepas lebih 15 tahun berada dalam skuad kebangsaan, Farhan Adam atau lebih mesra dengan panggilan Emon memasang impian besar untuk menjulang Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di hadapan peminat tanah air sebagai kapten pasukan sepak takraw negara.
Atlet berusia 35 tahun yang bermain di posisi pengumpan itu berkongsi dia hanya akan memikirkan tentang persaraan sekiranya dapat menumpaskan musuh tradisi, Thailand di pentas antarabangsa terutamanya menerusi acara berpasukan.
"(Macam dalam) bola sepak (ada) Piala Dunia dan sepak takraw pun ada. Bagi saya (dengan umur sekarang) tidak tahu lagi bila (boleh menang), mungkin empat atau dua tahun lagi (dan ketika itu) umur saya sudah berapa.
"Memang saya perlukan perkara itu (julang Piala Dunia) untuk masuk dalam diari. Saya nak tanda (senarai impian) Piala Dunia (dan) tambah dalam koleksi saya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain Malaysia bagi kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di sini malam tadi.
Farhan yang akan mengambil bahagian dalam dua daripada tiga acara dipertandingkan iaitu berpasukan dan regu berkata sasaran final ditetapkan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) ialah satu kemestian untuk dilunaskan skuad negara dengan sebaiknya.
Kehadiran beberapa muka baharu pastinya akan menghangatkan perjuangan Malaysia dengan jurang prestasi mereka tidak terlampau jauh dengan pemain senior dan dapat mengimbangi rentak permainan negara terutamanya dalam acara regu.
"Kalau ikutkan jadual memang dapat mengelak bertemu Thailand dari peringkat awal dan kami ialah tuan rumah jadi kena pastikanlah penyokong yang datang tidak hampa dengan permainan kami," katanya sambil menyifatkan kekuatan itu hadir menerusi gabungan pemain, jurulatih dan pihak persatuan yang tanpa lelah memberi sokongan antara satu sama lain.
Farhan merupakan satu daripada watak penting ketika Malaysia menamatkan kemarau emas selama 24 tahun menerusi acara regu dengan menumbangkan pasukan tuan rumah Indonesia 2-1, pada final temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.
Sebanyak 21 negara akan berentap dalam kejohanan dunia yang bakal berlangsung di Stadium Titiwangsa di sini pada 18 hingga 26 Mei, dengan 12 negara bersaing dalam kategori Premier termasuk Malaysia, manakala sembilan negara berentap dalam Divisyen 1 dibarisi antaranya Iran, Jerman, Arab Saudi dan Pakistan.
Dalam saingan berpasukan yang merupakan acara tumpuan, skuad sepak takraw negara diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Jepun dan Brunei, dan Malaysia perlu sekurang-kurangnya muncul naib juara kumpulan untuk layak ke suku akhir.
Bagi kategori regu pula, Malaysia sekali lagi mendapat laluan mudah apabila diundi bersama China dan Brunei dalam Kumpulan B, manakala saingan double menyaksikan skuad kebangsaan berada dalam Kumpulan A bersama Jepun dan Brunei.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024

Atlet berusia 35 tahun itu berkongsi dia hanya akan memikirkan tentang persaraan sekiranya dapat menumpaskan musuh tradisi, Thailand di pentas antarabangsa. - Foto fail/BERNAMA
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, pada 4.39 petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sabah semakin meningkat, Sarawak kekal
Keadaan banjir di Sabah dilaporkan semakin buruk manakala jumlah mangsa di Sarawak yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kekal malam ini.
Rodrigo dan Sara Duterte melawat Hong Kong
Bekas presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan anak perempuannya Sara, yang merupakan Naib Presiden Filipina, melawat Hong Kong pada hujung minggu ini.

Farhan idam Piala Dunia selepas lebih 15 tahun dalam skuad kebangsaan
Selepas lebih 15 tahun berada dalam skuad kebangsaan, Farhan Adam atau lebih mesra dengan panggilan Emon memasang impian besar untuk menjulang Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di hadapan peminat tanah ai

Jangan pandang remeh, emas tetap emas - Akramuddin
Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata pendekatan bersikap lebih terbuka dengan kemenangan itu sepatutnya menjadi keutamaan dan bukan sebaliknya.