KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 negara telah mengesahkan slot untuk menyertai Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa di sini pada 18 hingga 26 Mei ini.
Perkara itu disahkan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan, dengan memaklumkan pihaknya telah menerima surat rasmi daripada 12 pasukan yang akan berentap bagi kategori Premier dan sembilan pasukan bagi kategori Divisyen 1 untuk beraksi di kejohanan berprestij itu.
"Untuk Premier ada 12 negara iaitu Malaysia, Thailand, Korea Selatan, Myanmar, Vietnam, India, Indonesia, Singapura, Brunei, Jepun, China dan Filipina. Divisyen 1 pula ada sembilan negara iaitu Sri Lanka, Arab Saudi, Perancis, Iran, Taiwan, Nepal, Pakistan, Jerman dan Bangladesh," katanya pada sidang media PSM di Stadium Titiwangsa di sini pada Rabu.
Beliau berkata keputusan penyertaan 21 negara itu telah muktamad dan tidak akan ada penambahan pasukan pada masa akan datang.
PSM, katanya akan mengadakan Majlis Perasmian Piala kejohanan itu bersama majlis pengundian pada 6 Mac ini di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini.
"Undian kita buat lebih awal dari sebelum-sebelum ini. Kali ini kita bincang dan mohon kepada Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) supaya negara-negara tahu kumpulan mereka dan boleh buat persiapan awal," katanya.
Mohd Sumali berkata Piala Dunia kali ini bakal menyaksikan kategori Premier mempertandingkan acara berpasukan yang mempunyai Piala Khas selain acara beregu dan regu turut dipertandingkan bagi kategori itu.
"Divisyen 1 hanya mempertandingkan dua acara iaitu beregu dan regu, tiada berpasukan," katanya.
Mengulas mengenai persiapan skuad negara menjelang piala berprestij itu, Mohd Sumali berkata pasukan negara akan dihantar ke Bangkok, Thailand selama dua minggu bagi berdepan aksi pemanas badan awal Mei ini.
Beliau berkata skuad Thailand kemudian akan menyertai latihan pasukan negara di sini sebagai rakan sepelatih sebelum kejohanan itu bermula.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 14 2024

Sebanyak 21 negara telah mengesahkan slot untuk menyertai Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa pada 18 hingga 26 Mei ini. - Gambar hiasan
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mudah tewaskan India, mara ke separuh akhir
Malaysia menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir acara berpasukan selepas mengetepikan cabaran India pada aksi suku akhir kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mula langkah kanan acara berpasukan
Malaysia memulakan rentak cemerlang acara berpasukan kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas mudah menewaskan Brunei 3-0 pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan C.

'Allah tolong kami dalam gelanggang'
Kejayaan itu sememangnya sukar untuk diucapkan dengan kata-kata apatah lagi lawan yang ditumbangkan boleh dianggap raja sepak takraw dunia.

PM Anwar ucap tahniah kepada pasukan sepak takraw Malaysia
Satu pencapaian yang membanggakan dan luar biasa, kata Perdana Menteri sambil mengucapkan tahniah kepada pasukan sepak takraw negara.

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia lakar sejarah rangkul juara acara double
Skuad negara mencipta sejarah tersendiri selepas menjuarai acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan menjinakkan seteru utama Thailand 2-0.

Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia beri sokongan kepada pasukan sepak takraw negara
Ahmad Zahid ajak orang ramai sokong pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, hari ini.

Malaysia, Thailand buat perhitungan di final double, regu
Skuad negara berjaya mencapai sasaran layak ke final acara regu dan double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Malaysia buat perhitungan dengan Korea Selatan di suku akhir
Aidil Aiman menunjukkan semangat yang tinggi apabila tetap mahu diturunkan walaupun masih dalam proses pemulihan susulan gastrik.

Farhan idam Piala Dunia selepas lebih 15 tahun dalam skuad kebangsaan
Selepas lebih 15 tahun berada dalam skuad kebangsaan, Farhan Adam atau lebih mesra dengan panggilan Emon memasang impian besar untuk menjulang Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di hadapan peminat tanah ai

21 negara sahkan slot untuk Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sebanyak 21 negara telah mengesahkan slot untuk menyertai Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa pada 18 hingga 26 Mei ini.