KUALA LUMPUR: Skuad negara mencipta sejarah tersendiri selepas menjuarai acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan menjinakkan seteru utama Thailand 2-0 pada aksi final di Stadium Titiwangsa di sini malam ini.
Sokongan lebih 1,000 penyokong tuan rumah yang memenuhi segenap ruang venue kejohanan bagi menyemarakkan lagi semangat skuad negara ternyata mendatangkan kegerunan buat pihak lawan yang juga juara bertahan.
Gandingan Aidil Aiman Azwawi dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin terlebih dahulu menggamatkan suasana apabila mendahului 10-3, namun pasangan Thailand Seksan Tubtong dan Kittiphum Sareebut bangkit mengikat kedudukan 14-14 sebelum Malaysia meraih kemenangan set pertama 17-16.
Pemenang pingat perak acara doubles Sukan SEA edisi 2021 dan 2023, Aidil Aiman-Muhammad Noraizat diberikan tentangan sengit di set kedua namun berjaya menafikan kebangkitan Thailand sekali gus memutlakkan kemenangan dengan keputusan 15-13.
Sementara itu, Aidil Aiman ketika ditemui selepas aksi akhir double menyifatkan persembahan dilakar ke atas Thailand adalah yang terbaik sepanjang kariernya.
"Aizat banyak bantu saya bagi membuat servis yang baik dan kurangkan kesilapan. Agak tertekan dengan perlawanan tadi namun kami dapat kawal dan baca servis pasukan lawan," katanya.
Aksi final kejohanan itu turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang meluangkan masa menonton dan memberikan sokongan kepada pasukan negara di sini.
Malaysia akan membuat satu lagi perhitungan final membabitkan acara regu divisyen premier bertemu Thailand yang juga berlangsung malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 22 2024
Aidil Aiman ketika ditemui selepas aksi akhir double menyifatkan persembahan dilakar ke atas Thailand adalah yang terbaik sepanjang kariernya. - Gambar Bernama
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[INFOGRAFIK] 10 Nahas Ngeri Di Malaysia
Berikut adalah info berkenaan dengan sepuluh nahas ngeri di Malaysia.
Nahas Ayer Keroh: Ratusan menanti ketibaan jenazah
Bersama Khalish Kadir, Wartawan Astro AWANI di lokasi ketibaan jenazah lima sekeluarga.
Harga minyak naik didorong data pertumbuhan ekonomi AS
Harga minyak meningkat pada Selasa, disokong oleh data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh serta jangkaan bahawa aktiviti ekonomi global akan meningkatkan permintaan minyak.
Elak guna soket kelengkapan elektrik berlebihan
Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi.
Rampasan lebih 200kg dadah, terbesar di Terengganu
Polis Terengganu melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu dengan merampas lebih 200 kilogram syabu bernilai RM7.8 juta.
Kertas siasatan dibuka kematian kucing di Universiti Malaya
Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian seekor kucing betina dikenali Lily, yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Pejabat KDPB Sultan Pahang dinamakan sebagai Majlis Kesultanan Pahang
Dengan penukaran nama itu, satu lagi sejarah terlakar bagi institusi berkenaan yang berperanan memikul tanggungjawab dalam semua urusan membabitkan Sultan Pahang.
AWANI Borneo [24/12/2024] – Kes Bunuh ‘Amoi’ | ‘Hotspot’ Banjir | Sambutan Sederhana
Tumpuan AWANI Borneo 24 Dis 2024 bersama Pia Ernadya
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
Sambutan di Sibu sederhana, penduduk raikan bersama keluarga
Penduduk di Sibu sambut Krismas di bandar dan pulang kampung halaman ketika Gawai.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia lakar sejarah rangkul juara acara double
Skuad negara mencipta sejarah tersendiri selepas menjuarai acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan menjinakkan seteru utama Thailand 2-0.