KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menukar nama Pejabat Kebawah Duli Paduka Baginda (KDPB) Sultan Pahang kepada Majlis Kesultanan Pahang berkuat kuasa mulai 1 Jan ini.


Ringkasan AI
  • Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menukar nama Pejabat Kebawah Duli Paduka Baginda (KDPB) Sultan Pahang kepada Majlis Kesultanan Pahang mulai 1 Jan.
  • Penukaran nama ini mencatat sejarah bagi institusi tersebut, yang bertanggungjawab dalam semua urusan membabitkan Sultan Pahang.
  • Majlis Kesultanan Pahang akan menguruskan semua urusan rasmi dan tidak rasmi Istana Pahang, selaras dengan kedudukan Sultan sebagai Raja Pemerintah Negeri Pahang.


Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya berkata dengan penukaran nama itu, satu lagi sejarah terlakar bagi institusi berkenaan yang berperanan memikul tanggungjawab dalam semua urusan membabitkan Sultan Pahang.

Dalam satu kenyataan hari ini yang dimuat naik di Facebook dan Instagram Kesultanan Pahang, beliau berkata ini termasuk segala urusan keseluruhan institusi Istana Pahang sama ada membabitkan urusan rasmi atau tidak rasmi.


"Ia (Majlis Kesultanan Pahang) juga berfungsi bertepatan dengan kedudukan baginda sebagai Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Pahang dan jajahan takluknya yang memerintah mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang," katanya

-- BERNAMA