Penyiasat mengesahkan mangsa yang berumur 53 tahun itu ditikam pada bahagian dada, namun masih berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital.
"Insiden itu berlaku di kawasan parkir di sebuah kedai serbaneka di wilayah Kyoto, Jepun. Lelaki itu yang berusia dalam lingkungan 40-an kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kereta. Pihak berkuasa cuba mengejarnya di sebuah lebuh raya.
"Lelaki itu bagaimanapun bertindak keluar dari kereta dipandunya dan terjun pada ketinggian kira-kira 10 meter. Dia dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia," lapor akhbar Asahi Shimbun.
Pada bulan lalu, mangsa pernah membuat laporan kepada polis tentang masalah hubungannya bersama suspek.
Pihak berkuasa telah mengklasifikasikan insiden itu sebagai cubaan membunuh.
Jenayah keganasan jarang berlaku di Jepun dan hanya sekali sekala digemparkan dengan insiden serangan tembakan serta tikaman. - Sinar Harian memetik agensi