Laporan media tempatan menyebut, langkah ini merupakan antara usaha pertama untuk mengurangkan sekatan internet di negara tersebut.
Republik Islam Iran terkenal dengan kawalan ketat terhadap akses internet.
Bagaimanapun, sekatan terhadap media sosial berasaskan Amerika Syarikat (AS) seperti Facebook, Twitter dan YouTube sering kali diatasi oleh rakyat Iran yang celik teknologi menggunakan rangkaian peribadi maya (VPN).
Agensi berita rasmi IRNA melaporkan, undian majoriti positif telah dicapai untuk menamatkan sekatan ke atas beberapa platform asing popular seperti WhatsApp dan Google Play.
Ini merujuk kepada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Masoud Pezeshkian.
Menteri Teknologi Maklumat dan Komunikasi Iran, Sattar Hashemi dipetik IRNA berkata, langkah pertama untuk menghapuskan sekatan internet telah diambil.
Platform media sosial sering digunakan secara meluas dalam protes anti-kerajaan di Iran.
September lalu, AS menyeru syarikat teknologi besar untuk membantu mengatasi penapisan dalam talian di negara-negara yang mempunyai kawalan ketat terhadap internet, termasuk Iran.