JORDAN Henderson menikmati pengalaman menakjubkan menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Liverpool mengatasi Chelsea 5-3 di Anfield.

The Reds akhirnya dapat merasai menjulang trofi EPL, hampir sebulan sejak mereka bergelar juara England.

Tiada penonton di stadium untuk menyaksikan kapten pasukan, Henderson menjulang trofi EPL yang disampaikan oleh Kenny Dalglish.

Pemain tengah Henderson, yang diketepikan ekoran kecederaan lutut, berkata ia adalah pengalaman yang sangat menarik apabila akhirnya bergelar juara England.

"Ia merupakan pengalaman yang menakubkan, sesuatu yang sangat istimewa," katanya.


Liverpool berkunjung ke Newcastle United untuk perlawanan terakhir musim Ahad ini.