Perlawanan liga pertama pengendali sementara, Ruud van Nistelrooy sejak pemecatan pengurus Eric ten Hag, United tampil garang dengan motivasi ketika menyingkirkan Leicester City, 5-2 dalam pusingan 16 Piala Liga di Old Trafford pada Khamis lalu.
Bagaimanapun gol The Red Devils hanya mampu dijelmakan Fernandes yang juga kapten menerusi sepakan penalti minit ke-70 selepas penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez mengasari Rasmus Hojlund.
The Blues kendalian Enzo Maresca yang ditunjukkan jalan keluar Newcastle United dengan kekalahan 0-2 dalam Pusingan 16 Piala Liga di Stadium St James' Park tidak menunggu lama menyamakan kedudukan minit ke-74 menerusi voli Caicedo yang menewaskan Andre Onana.
Keputusan itu menyaksikan Chelsea berada di tempat keempat liga dengan 18 mata manakala United pula di tempat ke-13 dengan 12 mata selepas 10 perlawanan.
United selepas ini akan berdepan kelab tangga kedua liga Greece, PAOK Salonika kendalian Razvan Lucescu dalam kempen Liga Europa di Old Trafford pada Jumaat.
Chelsea bakal menanti kunjungan Noah FC, kelab bola sepak profesional Armenia dalam kempen Liga Konferensi di Stadium Stamford Bridge juga Jumaat. - Sinar Harian