PENGENDALI Manchester United, Ruben Amorim, menjelaskan dia menghadapi tugasan yang amat sukar dalam proses mengubah landskap pasukannya itu, namun dia komited tiada akan berkompromi dengan pegangannya.

Jaringan tunggal James Maddison menewaskan The Red Devils untuk satu lagi keputusan tewas di Tottenham, sekali gus menjadi kekalahan ketiga mereka berdepan anak buah Ange Postecoglu dalam semua pertandingan musim ini.

Keputusan itu memastikan United turun ke tangga ke-15 dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) denmgan hanya 29 mata selepas 29 perlawanan dan menghampiri kelompok pasukan tercorot lain.

Untuk rekod, United kini tewas 12 daripada 25 aksi EPL musim ini dan merupakan kekalahan terbanyak mereka dalam kempen liga sejak 1973/74 iaitu sebanyak 13 kali, di mana ketika itu mereka tersingkir daripada saingan liga utama itu.


Bercakap pasca perlawanan Ahad lalu, Amorim berasa sedih menjelaskan: "Apa yang anda lihat dan apa yang anda bincangkan setiap minggu, saya juga melihatnya.

"Saya mempunyai banyak masalah, kerja saya sangat-sangat sukar di sini. Tetapi saya tetap dengan kepercayaan saya." katanya.