Ringkasan AI
- Shila Amzah memberi sokongan kepada Ning Baizura untuk menyertai Gegar Vaganza, melihatnya sebagai peluang baik untuk mencuba sesuatu yang baharu.
- Shila menjelaskan bahawa pentas GV membantu penyanyi seperti dirinya untuk 'rebranding' dan mencuba perkara yang tidak disangka boleh dilakukan.
- Shila akan turut serta dalam Konsert Countdown Meletop 2025 bersama penyanyi lain seperti Shiha Zikir, Noraniza Idris, dan Aina Abdul, yang akan berlangsung pada 31 Disember di IOI City Mall Putrajaya.
“Sebenarnya dia (Ning Baizura) beritahu dia akan sertai GV semasa kami jayakan konsert Jaclyn Victor bersama-sama.
“Jadi saya dan Jac bagi semangat untuk dia sertai kerana ini adalah peluang yang sangat baik untuk dia,” kata Shila.
Pada masa sama, Shila turut menjelaskan bahawa pentas GV ini memberi peluang kepada penyanyi sepertinya untuk mencuba sesuatu yang baharu.
“Sebab di pentas GV ini sahaja kami dapat 'discover' yang kami boleh lakukan banyak perkara. Ia seperti 'rebranding' balik diri kami. Bila masuk GV ini kami dapat lihat kita berada dalam industri ini.
“Kita boleh buat benda yang orang tak akan sangka kita boleh buat. Jadi dekat GV ini kalau kita buat sehabis baik kita boleh berjaya,” katanya kepada Gempak.
Shila ditemui selepas majlis pengumuman Konsert Countdown Meletop 2025 baru-baru ini.
Selain Shila, antara penyanyi yang akan memeriahkan konsert tersebut adalah Shiha Zikir, Noraniza Idris, Aina Abdul, Hael Husaini, Khai Bahar dan Datuk Ramli Sarip.
Konsert Countdown Meletop 2025 bakal berlangsung pada 31 Disember di IOI City Mall Putrajaya. -Gempak